Setelah rumah di hanyutkan banjir, Tabah Huni Stor Barang, Makan Nasi Berkuah Air Garam.

Kuala Krai, Kelantan: Seorang pemuda sudah 13 tahun menghuni sebuah stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.

Dengan hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, amat cek4l meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.

Menurut Ismail, stor itu telahpun dihuni olehnya sejak 2008 selepas beberapa bulan menvmpang di rumah kakaknya yang terletak di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kem4tian kedua orang tuanya.

“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.

“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.

Ismail yang tidak pernah berkahwin berkata, makanannya juga tidaklah semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana hasil upah menoreh getah yang diterima olehnya adalah dalam sekitar RM150 sahaja sebulan.

Ismail juga berkata yang bekalan beras setakat ini belum lagi terpvtus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.

“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada peny4kit d4rah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.

“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil menjelaskan yang lokasi stor dihuninya sebelum ini pernah ditengg3lami b4njir besar pada 2014 yang kemudian menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyel4matkan diri.

Sebelum ini, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

Kepada sesiapa yang ingin membantu Ismail boleh menghubunginya di talian 013-8070796

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress