Sharnaaz Tak Tolak Jika Berjodoh Semula Dengan Shila,Minta Ruang Habiskan Iddah

Menjadi topik hangat sejak minggu lalu, nama pelakon  Shaarnaz Ahmad menjadi bualan ramai apabila netizen mengaitkan dirinya dengan penyanyi Shila Amzah setelah pelakon berkenaan dilihat memberikan sokongan buat Shila di AJL minggu lalu.

Susulan pelbagai isu muncul, Shila lebih mesra membahasakan dirinya Sha dilihat memuat naik hantaran panjang di Instagram mengenai keadaannya serta berharap agar diberi masa dan ruang.Menurutnya, selepas kemelut isu panjang penceraiannya yang baru selesai, Sha memohon diberikan masa kerana baginya selepas apa yang berlaku , dia inginkan kehidupannya kembali fokus dan sedang menikmati momen indah atas usaha dan kemenangannya bersama SOG dalam AJL 36.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Sha okay je tau..Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi. This is the first time I get to , focus on me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi,” tulisnya.

Tambah Sha lagi, dia mengakui dirinya masih belum sembuh dan keutamaannya kini adalah untuk anak tunggalnya, Seth Uwais.

Dalam entri berkenaan, Shila turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya dari dulu hingga kini.-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress