Shuib Ucap Tahniah, Siapakah Pemilik Cawangan Baru Bubble Bee Di Semenyih

Selama ini persoalan tentang pemilik Cawangan baru Bubble Bee Di Semenyih menjadi tanda tanya dimana akhirnya aktor Naim Daniel telah mendedahkan bahawa dia merupakan orang bertuah tersebut. Naim Daniel telah mendedahkan perkara tersebut di Laman Instagramnya semalam.

Penyanyi dan pelakon terkenal berusia 24 tahun tersebut sebelum ini ada memberikan hint kepada para peminatnya di ruangan komen Instagram Shuib Sepahtu tentang pembukaan outlet baru di Semenyih itu. Akan tetapi teka teka itu hanya terhenti setakat itu membuatkan para peminat tertanya-tanya. Hint itu pula seperti menerangkan sesuatu yang berkait jadi persoalan itu telah pun dijawab dalam perkongsian video oleh Naim Daniel sendiri.

Pengasas BubbleBee Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhamad  berhasrat mempunyai lebih banyak pembukaan cawangan baharu untuk tahun ini. Cawangan Bubble Bee juga sudah berada di merata lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dan mungkin akan dibuka di cawangan lain yang agak jauh. Semoga dapat membuka cawangan dengan lebih banyak lagi selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Kebanyakan Netizen mengucapkan tahniah kepada Naim Daniel dan juga Shuib di atas kejayaan pembukaan Cawangan baru Bubblebee di Eco Majestic, Semenyih.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress