Seorang wanita berkongsikan mengenai anaknya yang menangis oleh kerana amat rindukan awrah atuknya. Wanita itu atau namanya Noorshadatul Afni Zulkarnain kongsikan sebuah video anaknya yang sedang menangis sambil mencari atuknya dan tangan anak itu memegang baju kepunyaan arwah atuknya.
Beliau mengatakan sebelum ini memang arwah bapa mentuanya sangat akrab dengan anaknya. Malan setiap hari datang bermain kerana rumah mereka hanya bersebelahan. Tetapi sejak dua minggu yang lalu, bapa mentuanya telah meninggal dunia dan anaknya mula tecari-cari sehingga badan panas seakan mahu demam.
‘Assalamualaikum suri-suri semua, saya nak share cerita pasal anak saya seorang ni. Kisahnya macam ni, dia ni memang rapat dan manja sangat dengan atok abah dia..(abah mertua saya). Rumah saya dan abah saya sebelah-sebelah je. Kami ni meniaga, setiap kali waktu solat abah akan balik, pastu akan jenguk anak saya dulu, main-main dengan dia dulu barulah dia mandi dan pegi masjid. balik dari masjid pun gitu, cari anak saya dulu barulah dia turun ke kedainye semula.
Macam tu lah hari-hari dalam h!dup anak saya. Dua minggu lepas abah saya meninggaI dunia. Mula-mula tu anak saya mencari-cari jugak, tapi sekejap je sebab mase tu ramai lagi orang kat rumah saya, ok lah. Semalam anak saya da start mencari atok dia semula, badan pun macam da nak demam. Video tu semalam saya rekod mase dia tengah menangis. Kat tangan anak saya tu baju yang atok dia pakai buat tido. Sebagai ibu memang sayu bila tengok anak jadi macam tu. Doakan anak saya kuat ye ibu-ibu dan suri-suri sekalian.’
Al-fatihah buat arwah abah.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Rata-rata turut terusik hati melihat rindunya seorang cucu pada atoknya.
Nur Nasuha –
Baik atuknya tu yang cucu ingat. Takziah. Sian adik. Jangan macam tu. Sian mama nanti.
Syarizalita Sazali –
Tengok anak ni nangis saya pun nangis. Teringat 20 tahun lepas adik saya macam ni la mencari arw4h ayah saya. Masa tu adik saya baru umur 1 tahun.
Wanie Syazwani –
Pernah rase kehil angan..sampai sekarang masih terasa. Doa saja ubat rindu. Kita cucu sulung dapat pulak cicit sulung. Mesti arwah nenek beIah mak gembira. Tapi itu kenangan, bila balik kampung.. Teringat dia ade, kadang-kadang tercari. Tapi dalam hati.. Dia dah takde.. Rindu sangat arwah mok, arwah ecek..rindu sangat. Kalau ade pasti gembira ade cicit lelaki.
Dwe Hairen Mohamad –
Allahu sedihnya..macam anak sulung saya. Sampai demam cari atuknya..Arw4h abah saya meninggal 2016 waktu tu anak sulung saya baru 3 tahun. Dengan orang lain dia taknak kecuali abah saya. Pastu dia pernah bangun – bangun tidur terus menangis rindu atuk katanya.