Siapa Je tak Pernah Makan Gula-gula Hacks Dan Minum Jus Sunquick Kan? Inilah Owner Dia.

Kalau sebut gula Hacks atau Sunquick mesti ramai tahu, siapa je yang tak tahu kan? tapi bila sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer ramai yang yang kenal.

Mana yang tak tahu, beliau inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang hasilkan gula Hacks serta Sunquick di Malaysia setelah sekian lama.

Pada mulanya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer pernah membuka kedai runcit kecil ‘Barkath Stores’ di Pulau Pinang. Pada zaman 50-an, gula Hacks diimport daripada England telah mendapat sambutan orang ramai yang cukup hebat di sini.

Kemudian arwah Haji Abu Backer hubungi syarikat tersebut di England dan menyakinkan mereya bahawa beliau mampu jadi ejen tunggal gula-gula tersebut.

Dengan kesungguhan beliau, pemilik Hacks iaitu White Hudson Pte Lrd telah bersetuju dan melantik beliau sebagai ejen tunggal Hacks bagi di Negara Malaysia dan Singapura.

Pada tahun 1965, atas akibat kelewatan pemprosesan penghantaran gula-gula Hacks dan kecuaian cukai yang tinggi serta persaingan harga, Haji Abu Backer meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi perniagaan dengan Barkath Store untuk penghasilan gula-gula Hacks Malaysia.

Lalu beliau menghantar anak lelakinyanay, Datuk Seri Barkath ke England semata untuk belajar cara-cara menghasilkan dan pemasaran Hacks

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress