Siapa sangka dia boleh berkawan dengan haiwan pemangsa ini selama 11 tahun, namun ini yang terjadi

Kisah yang mencuit hati seorang lelaki kerana persahabatan yang lama antara penjaga dan sekor singa miliknya selama 11 tahun.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Frikkie Von Solms telah meluangkan seluruh hidup beliau dengan menjaga singa liar di Afrika selama 11 tahun. Mereka juga mempunyai persahabatan yang sangat luar biasa dan telah menjadi sahabat yang sejati.

Singa itu atau nama yang diberi Zion adalah seekor singa Afrika yang baik dan penyayang yang telah dipisahkan oleh bapanya apabila cuba mengancam nyawa Zion. Oleh sebab itu, dia memerlukan penjaga. Von Solms telah mengambil tugas itu secara sukarela bagi pegganti ibu bapa Zion.

Von Solms menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh dan Zion membesar dengan menjadi singa yang baik. Namun Zion sangat sensitif akan bunyi tapak kasut yang berjalan di atas tanah. Oleh kerana itu Von Solms sering menanggalkan kasutnya sebelum membawa Zion berjalan.

“Ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup saya untuk membesar bersamanya dan belajar hidup bersamanya melalui semua peringkat Zion membesar menjadi seekor singa jantan,” katanya.

“Orang ramai bercakap tentang singa Afrika yang ganas dan agresif,pada pendapat saya singa afrika mempunyai personaliti dan humor untuk ketawa.“Zion adalah seekor singa gergasi yang lembut.Ia tidak pernah menyerang manusia,dan saya mempercayai Zion sepenuhnya.”

Von Solms juga membuktikan bahawa singa boleh menjadi sangat berbahaya dan agresif tapi tetap menganggap sesetengah darinya boleh dianggap seperti seekor lembu besar!

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress