Sijil SPM Hilang Atau Rosak? | Cara Ganti Online Guna eLembaga Peperiksaan

Permohonan kerja kosong antara penyebab mengapa kita memerlukan dokumen pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia , SPM. Terutama sekali memohon jawatan kerajaan. Amatlah penting untuk memastikan kita masih menyimpan dokumen asal tersebut dan bukannya slip.

Sekiranya anda hilang sijil SPM kami boleh bagi panduan untuk mengantikan semula. Langkah ini melibatkan cara mendapatkan salinan dan terjemahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Perkhidmatan ini telah dibuka atas talian sejak 1 Februari 2021.

Cara Mohon Salinan Keputusan & Terjemahan

    • Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
    • Klik ‘Bahagian Perkhidmatan’.
    • Pilih ‘Salinan Keputusan’.
    • Pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
    • Kemudian isi No.Kad Pengenalan.
    • Klik papar Borang Permohonan.
    • Isi semua maklumat dan ;
    • klik MOHON.
    • Selepas membuat permohonan, semak status permohonan anda di laman utama.

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.

Tempoh Pengeluaran Salinan Keputusan & Terjemahan

    • SPM pada atau selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
    • SPM pada atau sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari masa bekerja.
    • PMR pada atau selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
    • PMR pada atau sebelum tahun 1997 – tujuh (7) hari masa bekerja.
    • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari masa bekerja.

Maklumat Lanjut

Sebarang  pertanyaan dalam membuat permohonan, terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress