Sila Buat Semakan BKM | Status & Tarikh Pembayaran Bagi Fasa 1

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Kadar Bantuan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:

    • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:
      • RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
      • RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
      • RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
    • Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
      • RM400 untuk yang belum mempunyai anak
      • RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
      • RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
    • Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
      • RM600
    • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
      • RM350

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Buat masa ini, tiada pengumuman tentang tarikh terperinci untuk pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini. Namun begitu, dijangkakan pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Kaedah Pembayaran

Berikut merupakan kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

    • Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit
      • Pembayaran akan dikreditkan ke akuan bank terkini yang telah didaftarkan
    • Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit
      • Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan
    • Tiada akaun bank
      • Tuntutan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.

Langkah Melakukan Permohonan BKM

Untuk pengetahuan semua, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di pautan ini KLIK DI SINI

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Untuk melakukan semakan status BKM anda, sila rujuk langkah-langkah membuat semakan dengan menekan pautan ini KLIK DI SINI

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan Pembentangan Bajet 2022, Sila layari Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan ini KLIK DI SINI

Baca Juga : KWSP RM10K | Tarikh Permohonan & Syarat Pengeluaran

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress