‘Alamak! Macam mana ni?! Aku silap transfer duit wehh!!!’ Adakah anda pernah tersilap transfer duit ke akaun orang lain? Mungkin perkara ini kelihatan remeh atau anda rasa perkara ini tidak mungkin berlaku. Tetapi percayalah kes seperti tersilap transfer ini kerap kali berlaku kepada orang lain tanpa sedar.
Pada era globalisasi ini, transaksi wang boleh dibuat dengan sangat mudah. Tidak perlu lagi berpusu-pusu ke bank untuk membuat transaksi, semuanya hanya dihujung jari. Kadangkala kita terlalu tergesa-gesa sehinggakan salah masukkan nombor akaun yang sepatutnya menyebabkan transaksi wang tidak sampai kepada orang sepatutnya atau silap transfer duit.
Jika perkara (silap transfer duit) ini berlaku kepada anda, jangan risau anda boleh dapatkan duit anda kembali dengan cara yang akan onviral.com.my kongsikan di bawah.
Cara Dapatkan Semula Wang Yang Tersalah Transfer
Berikut admin kongsikan cara-cara dapatkan semula wang yang tersalah transfer:
1. Sebaik sahaja anda sedar bahawa anda tersilap transfer ke akaun bank yang salah, segera buat laporan polis.
Langkah pertama sekali ialah apabila anda sedar sahaja bahawa anda telah melakukan transaksi ke akaun yang salah, segera buat laporan polis di balai polis berdekatan.
Semasa membuat laporan polis, pastikan anda tulis dengan terperinci nombor akaun bank yang silap, jumlah wang yang dipindahkan, masa dan di mana transaksi tersebut dibuat. Pastikan anda lengkapkan maklumat lain yang diperlukan.
2. Bawa salinan laporan polis ke cawangan yang digunakan.
Setelah anda membuat laporan polis, anda perlu membawa salinan laporan yang ada ke cawangan bank yang anda gunakan untuk membuat transaksi tersebut.
Laporkan pula kepada staf bank tersebut mengenai situasi anda dan minta bantuan mereka untuk mendapatkan kembali wang anda.
Baca Juga: Bank Negara Malaysia- Cara Semak Ccris Online
3. Pihak bank akan menghubungi pemilik akaun yang anda salah transfer.
Selepas laporan kepada pihak bank dibuat, mereka akan menghubungi pemilik akaun bank tersebut. Memandangkan kesilapan tersebut adalah daripada pihak anda, jadi pihak bank tidak boleh sesuka hati kembalikan wang anda. Pemilik akaun yang terima wang tersebut sendiri yang akan kembalikan kepada anda.
Jadi, anda perlu tunggu persetujuan daripada pemilik tersebut. Sama ada pemilik tersebut mahu pulangkan atau tidak itu hak mereka.
Jika pemilik akaun tersebut bersetuju untuk memulangkan duit anda, mereka perlu ke cawangan bank yang digunakan dan mengisi borang khas bagi proses mengembalikan wang anda.
4. Bagaimana jika pemilik akaun enggan memulangkan wang?
Jika pemilik akaun tersebut enggan memulangkan wang anda, anda berhak membawa perkara ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang yang dipindahkan ke akaun itu adalah di bawah RM5,000 anda perlu mengisi borang tuntutan Small Calim Procedure melalui mahkamah majistret.
Bagi prosedur ini, anda tidak perlukan peguam tetapi jika wang dipindahkan adalah melebihi RM5,000 anda tiada cara lain selain menggunakan khidmat peguam dalam usaha mendapatkan kembali wang anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda jika anda tersilap melakukan transaksi kepad akaun yang salah. Pastikan anda sentiasa teliti dalam melakukan pemindahan wang terutama jika wang yang dipindahkan dalam jumlah yang besar. Semak semula nombor akaun bank yang dimasukkan dan pastikan maklumat penerima adalah betul untuk memastikan wang yang dipindahkan sampai kepada orang yang sepatutnya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.