Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga mesti akan teringat momen hari pernikahan mereka kerana ia adalah momen yang cukup bermakna.Masa itu pastinya masing-masing ingin menggayakan pakaian yang cantik dan mengikut situasi semasa majlis pernikahan.
Namun berbeza pula dengan perkongsian yang dibuat oleh satu akaun TikTok @hajid17 apabila belah pengantin lelaki hadi pada majlis pernikahan dengan memakai pakaian biasa iaitu T-Shirts dan seluar jeans semasa melafazkan akad nikah.
Menurut di ruangan komen, pengantin lelaki terpaksa berpakaian seperti itu kerana berlaku kecemasan sebelum majlis pernikahan mereka.Oleh kerana itu beliau tidak sempat menukar pakaian yang lebih sesuai, beliau hadir ke masjid dengan memakai pakaian biasa sahaja.
Walau bagaimanapun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan pengantin lelaki serta dengan pasangannya selamat bergelar suami isteri.
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan memahami situasi yang dialami oleh pengantin lelaki. Malah mereka juga mengatakan bahawa akad nikah dilakukan untuk menghalalkan hubungan lebih penting daripada berpakaian yang cantik-cantik.
Perkahwinan itu mudah dan tidak perlu disulitkan.