Sinar bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia. Stesen radio yang menggunakan Bahasa Melayu ini mula bersiaran sejak 1 Mac 2004. Walaupun terkenal sebagai stesen radio yang memainkan musik retro, stesen ini memainkan lagu dari bahasa melayu dan juga antarabangsa dari tahun 60-an hingga kini. Inilah yang membezakan Sinar dengan Suria FM dan stesen radio kontemporari yang lain.
Sinar FM Kini “Sinar”
Bermula sebagai stesen radio FM, kini Sinar FM dikenali sebagai Sinar sahaja bermula 2 Januari 2008. Ini sejajar dengan evolusi stesen radio ini dari hanya siaran radio kepada platfom pelbagai dan interaktif. Menerusi laman web mereka di https://sinar.my/, Sinar kini juga menyediakan konten terkini, viral, carta lagu dan juga SinarTV.
Frekuensi dan Online Radio Sinar FM
Bagi mereka yang ingin mendengar siaran radio sinar, bolehlah set ke frekuensi yang berikut. Anda juga boleh strim secara live di http://dengar.sinar.fm/ atau muat turun aplikasi Syok di Google Play atau Apple App Store. Bagi mereka yang mempunyai rangkaian Astro di rumah boleh ke saluran Astro 857.
KAWASAN | FREKUENSI |
Lembah Klang | 96.7FM |
Alor Setar | 97.1FM |
Pulau Pinang | 97.1FM |
Ipoh | 96.9FM |
Seremban | 96.9FM |
Melaka | 96.0FM |
Johor | 96.4FM |
Singapura | 87.8FM |
Langkawi | 100.9FM |
Taiping | 96.4FM |
Kuantan | 97.2FM |
Kuala Terengganu | 97.5FM |
Kota Bharu | 93.8FM |
Kuching | 102.1FM |
Miri | 96.6FM |
Kota Kinabalu | 104.9FM |
Sandakan | 106.9FM |
Sinar Melangkaui Gelombang Radio
Sejajar dengan perkembangan semasa, Sinar dengan tagline “Menyinari HidupMu” juga aktif di pelbagai platform media sosial. Peminat Sinar kini boleh berinteraksi bersama krew dan juga dapatkan informasi terkini melalui Youtube, Twitter, Instagram, Youtube dan juga Whatsapp!
Laman Youtube Sinar yang dimulakan pada 26 Nov 2010 kini mempunyai 200,000 subscriber dan 87,979,353 views. Pelbagai informasi menarik, sesi soal jawab dan juga persembahan live di konti dapat dilihat di laman Youtube ini. Sinar juga menyediakan pelbagai perkongsian di laman Instagram Sinar dan Facebook Sinar yang kini masing-masing mempunyai 1.5 dan 1.7 Juta followers.
Segmen di Sinar FM
Terdapat 4 segmen di Radio Sinar. Setiap segmen ini bersiaran pada waktu yang berbeza dan di hos oleh personaliti Sinar seperti Jep, Angah, Rahim, Abby Fana, Elizad, Hefny, Falyq dan Pink. Terdapat juga segmen soal jawab agama yang di hos oleh Imam Muda Asyraf dan motivasi pagi Bersama Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Carta Sinar
Jika dahulu kita perlu duduk dan menanti carta diumumkan di radio, kini tidak lagi! Anda boleh melihat carta terkini di laman web Sinar. Leboh menarik lagi, anda sebagai pendengar juga boleh vote secara online dengan menekan butang vote.
Interaktif dan Viral
Sinar juga menyediakan konten terkini yang interaktif dan viral melalui buletein, berita sukan, info trafik dan aktiviti di Sinar. Pelbagai konten yang trending, inspirasi, cerita artis, tips kesihatan, sana sini dan resepi turut dikongsikan untuk pengunjung Sinar. Jangan lupa juga segemn promosi dan peraduan yang menarik untuk disertai!
Hubungi Sinar
Kepada anda yang ingin menghubungi pihak Sinar, sila hubungi dan no dan alamat yang tertera di bawah ya. Selain dari itu anda juga boleh Whatsapp Sinar di 0163260000.
SINAR , All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9543 8888, Fax: 03-9543 5675
E-mail: feedback@sinar.my
Semoga perkongsian mengenai Sinar ini bermanfaat ya!