SIP Gig 2022 Dibuka | Elaun RM800 Sebulan Untuk Pencari Kerja

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengumumkan permohonan SIP Gig iaitu insentif kewangan kepada individu menganggur atau tidak bekerja telah dibuka.

Untuk makluman, SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Belanjawan 2022.

Insentif ini memberikan fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Terdapat 2 objektif utama pelaksanaan program ini iaitu

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

Untuk pemohon yang berminat, permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.

Individu Yang Layak/Tidak Layak

Individu yang layak menerima insentif ini adalah seperti berikut:

    • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
    • Individu atau graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
    • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain–lain.
    • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
    • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
    • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Individu yang tidak layak untuk menerima insentif ini adalah seperti berikut:

    • Individu yang aktif bekerja.
    • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
    • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
    • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

Bagaimana Cara Memohon?

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore; atau
  2. Layari laman web https://matrix.perkeso.gov.my/.
  3. Klik bahagian ‘Log Masuk’ dan Klik butang ‘Kali Pertama? Daftar Akaun Matrix.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen.
  7. Jika permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik bagi mendapatkan insentif ini adalah seperti berikut:

Kategori Dokumen
Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu
Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan) Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK
setempat/Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)
Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK
setempat/Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)
Graduan yang menganggur melebihi 60 hari Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilakukan setelah pemohon menghantar log aktiviti selama 6 bulan.

Kadar komisen dan jumlah bayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Kadar Komisen Jumlah Bayaran
RM1,200 atau 40 jam seminggu RM600
RM2,500 ke atas satu atau lebih
daripada 60 jam seminggu
RM800
(Tambahan RM200)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SIP Gig, sila layari laman web https://www.perkeso.gov.my/.

Baca Juga : BKM Bujang Akan Dikreditkan Minggu Ini ~ Semak Sekarang!

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress