SIP Prihatin 2.0 : Terima RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

SIP Prihatin telah diumumkan dalam pakej Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) khas buat rakyat Malaysia yang sedang mencari jawatan kosong.

Pekerja sektor tidak formal, graduan dan lepas sekolah boleh memohon Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0) selama tempoh mencari pekerjaan.

Apakah Itu SIP Prihatin 2021?

SIP Prihatin ialah bantuan kewangan khas kepada individu yang hilang pekerjaan dan masih belum bekerja sepanjang tempoh pandemik.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan program ini.

Dalam program SIP Prihatin 2.0, ianya adalah elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 2 bulan khas untuk mereka yang tidak dilindungi di bawah PERKESO dan juga individu yang  sedang menganggur dan masih aktif mencari pekerjaan.

Permohonan SIP Prihatin

Untuk membuat permohonan SIP ini, anda terlebih dahulu perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan utnuk permohonan SIP Prihatin adalah seperti berikut:

    • Individu yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi di bawah PERKESO (Sistem Insurans Pekerjaan)
    • Menganggur
    • Berdaftar dan aktif mencari pekerjaan melalui MyFutureJobs.
    • Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan.

Untuk menerima elaun ini, anda perlu mendaftar pekerjaan dalam sistem MyFutureJobs.

Permohonan atas talian telah pun dibuka pada 15 Julai 2021.

Baca Juga:

Semakan Kadar Elaun Mencari Pekerjaan

Kadar elaun akan diberi mengikut kategori seperti berikut:

Aktiviti Carian Pekerjaan

    • Menghadiri temu duga terbuka (fizikal atau dalam talian).
    • Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama.

Jumlah Aktiviti Setiap Bulan

    • 3 temuduga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan.
    • Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan.

Jumlah Insentif

    • Layak menerima insentif RM300 x 2 bulan.
    • Layak menerima RM400 secara one-off.
  1. Hadir temu duga terbuka – 6 temu duga dalam tempoh 2 bulan = Layak menerima RM300 x 2 bulan
  2. Kembali kerja dalam tempoh insentif bulan pertama – Ada sekurang-kurangnya 1 temu duga = Layak menerima RM400 secara one-off

Daftar MyFutureJobs

Oleh itu, untuk melayakkan diri anda dapat elaun SIP ini, sila daftar di portal mencari kerja MyFutureJobs.

Langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

    1. Layari https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
    2. Tekan pada pautan ‘Jobseeker Sign in’ atau ‘Register Here’ jika anda pengguna utama kali.
    3. Isikan maklumat peribadi anda.
    4. Log masuk semula dan cari kerja berdasarkan bidang kerjaya yang anda inginkan.
    5. Hadir ke temuduga jika anda berjaya melepasi tapisan kelayakan untuk bekerja.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai SIP Prihatin ini, sila hubungi di talian Careline PERKESO :

1300-22-8000

Atau layari https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/ untuk maklumat lanjut.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress