Anda ingin membeli rumah? Tetapi tiada slip gaji? Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih sebanyak RM1,000 sebulan, anda sebenarnya dah mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP. Menarik bukan?
Yang lebih menarik lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui permohonan SJKP!
Terkini, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP menerusi peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.
Artikel Berkaitan: MyHome 2021: Skim Bantuan Pinjaman Perumahan BSN
Apakah Itu SJKP?
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, syarikat ini telah diperbadankan pada 6 Disember 2007.
Tujuan penubuhannya adalah lebih tertumpu untuk mengatasi masalah kesusahan yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman rumah mereka.
Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Cara Mohon Rumah SJKP
Berikut kami kongsikan kepada anda cara permohonan rumah SJKP.
Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli terlebih dahulu dan dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- Bank Muamalat
PERINGATAN!
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS <2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
Info Lanjut
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, sila hubungi:
Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my