11 Skim Bantuan Yang Masih Tersenarai Dalam JKM 2021 Dengan Jumlah Bantuan Yang Dinaikkan

11 Skim Bantuan Yang Masih Tersenarai Dalam JKM 2021 Dengan Jumlah Bantuan Yang Dinaikkan

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan JKM dalam beberapa kategori dalam Belanjawan 2021 seperti di bawah:

    • Kadar bantuan orang kelainan upaya (OKU) tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
    • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar pula dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
    • Kadar Elaun Pekerja OKU pula dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
    • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga

Kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan telah menemui yang Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional meningkat kepada jumlah RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

“Ini bermakna, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini tergolong dalam kategori miskin,” kata Tengku Zafrul.

Sekiranya anda merupakan antara individu yang tergolong dalam kategori ini, anda layak memohon untuk bantuan bantuan yang disenarai.

Baca juga: Kemaskini Maklumat Akaun Bank Geran Khas Prihatin (GKP) Mulai 7 Oktober 2021

Bantuan JKM

Bantuan JKM merupakan perkhidmatan yang diwujudkan khas untuk meringankan beban kewangan kumpulan sasaran agar dapat meneruskankan kehidupan dengan lebih sempurna.

bantuan jkm

Senarai 11 Jenis Bantuan JKM Yang Masih Boleh Dimohon

Semua permohonan perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan adalah mengikut kepada setiap jenis bantuan berikut:

    1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    5. Bantuan Orang Tua (BOT)
    6. Bantuan Am Persekutuan (BA)
    7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
    10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
    11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Cara Memohon Secara Online & Manual

i) Permohonan Secara Manual

Permohonan bantuan kewangan boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Anda boleh rujuk senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya dengan menekan pautan KLIK DISINI

ii) Permohonan Secara Online

Permohonan Bantuan JKM secara online boleh dilakukan melalui eBantuan JKM di pautan berikut KLIK DISINI

Sila tekan “Daftar” dan kemudian isikan maklumat dengan lengkap.
bantuan jkm

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian bagi memudahkan urusan pentadbiran. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan dalah seperti di bawah:

    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
    • Salinan penyata gaji (jika ada),
    • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

*Peringatan: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dinilai (means-tested). Ini adalah atas alasan untuk mengesahkan kelayakan pemohon dimana urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Cara Mendapatkan Borang Permohonan Bantuan JKM

Anda boleh muat turun borang lampiran di pautan di bawah untuk membuat permohonan:

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan (Sila Klik pautan ini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Sila Klik pautan ini untuk muat turun)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, anda boleh menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti di bawah.

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress