Anda Boleh Claim PERKESO Jika Positif COVID Semasa Kerja. Lihat Syarat & Cara Tuntutan

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID 19

Bagi makluman anda semua, pekerja yang telah disahkan positif Covid 19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

PERKESO telah menubuhkan badan bertindak khas bagi menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

skim bencana PERKESO

OnViral ingin berkongsi Skim Bencana PERKESO Covid-19. Jangan lupa untuk tuntut.

Apakah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim ini ialah meliputi kemalangan seperti berikut:

    • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan anda.
    • Kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bekerja atau semasa bekerja.
    • Kemalangan semasa kecemasan.
    • Penyakit khidmat.

Syarat Tuntutan

Syarat bagi yang ingin membuat tuntutan PERKESO akibat jangkitan COVID-19 ialah:

    1. Masih sedang bekerja.
    2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
    3. Paling utama ialah dijangkiti COVID-19 di tempat kerja.

Kadar Bayaran / Faedah Yang Akan Diterima

Bagi pencarum yang dijangkiti COVID-19 semasa berada di tempat kerja, mereka layak untuk mendapat faedah daripada PERKESO manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.

Bagaimana ingin nak tahu berapa pampasan yang kita layak terima?

Ini contoh perkiraannya :

( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

NOTA: Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.

Baca Juga :

Cara Buat Tuntutan (Claim)

Menjadi tanggungjawab Majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

    1. Borang Butiran Notis & Tuntutan Faedah – Borang 34 https://www.perkeso.gov.my/…/Bor…/borang34/Borang_34.pdf
    2. Salinan kad pengenalan anda
    3. Sijil Cuti Sakit Asal
    4. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
    5. Laporan Pengesahan Positif Covid-19
    6. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
    7. Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
    8. MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
    9. Isi Ruang Penyakit Khidmat

TAMBAHAN: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

skim bencana PERKESO

Sumber: Heng Zhi Li (Ketua Pemuda MCA Tg Piai)

skim bencana PERKESO

NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.

Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid 19

Permohonan pencarum dijangkiti wabak itu semasa bertugas akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tentang Skim Bencana Pekerjaan COVID-19 PERKESO, boleh rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan ini: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-bencana-pekerjaan.html 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress