Skim Cakna Suri : Bantuan RM100 Secara One-Off

Pernakah anda mendengar Skim Cakna Suri? Skim Cakna Suri ini merupakan satu skim istimewa khas sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam. Untuk permohonan ini, suri rumah yang berkelayakan perlu mengisi borang disediakan oleh OnViral.

Apakah Itu Skim Cakna Suri?

Bantuan Skim Cakna Suri ini diwujudkan untuk menghargai pengorbanan dan jasa para suri rumah sempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan bagi setiap DUN.

Melalui skim ini, setiap suri rumah yang berkelayakan dapat sumbangan bantuan RM100 secara one-off.

Di samping itu, tahukah anda kerajaan juga ada menyediakan bantuan khas buat semua suri rumah di Malaysia dalam program i-Suri KWSP. Para suri rumah di Malaysia boleh dapatkan insentif sebanyak RM480 dalam program ini.

Join Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: t.me/portalsemakan

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan Skim Cakna Suri adalah RM100 adalah:

    1. Merupakan suri rumah sepenuh masa.
    2. Berumur 54 tahun & ke bawah.
    3. Ada 3 anak tanggungan atau lebih.
    4. Menetap di negeri Kelantan.
    5. Pendapatan isi rumah RM1,500 & ke bawah.
    6. Tidak dapat bantuan Skim Cakna Suri 2020 sebelum ini.

Cara Permohonan

Untuk permohonan, sila isi borang yang diberikan di pautan berikut:

Borang Bantuan

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dilakukan pada 4 Julai 2021 sehingga 10 Julai 2021.

Skim Cakna Suri

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai bantuan ini, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di 013-983 6915

Semoga anda berjaya dalam permohonan ini. Sila kongsikan & share artikel bantuan ini bagi keluarga yang memerlukan. Terima kasih.

Sumber: Kelantan.Gov

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *