Langkah Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan 2021 (SJKP)

Bagi Sesiapa Yang Tidak Mempunyai Slip Gaji Atau Bergaji Hanya RM1000! Sila Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan 2021 (SJKP).

Untuk makluman anda, pekerja yang bergaji RM1,000 serta tidak mempunyai penyata gaji (salary slip) boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2021 (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) adalah skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap dimana ia merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada yang sedang dibina ataupun yang telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Kriteria Kelayakan

Sila rujuk kelayakan permohonan seperti di bawah :

    1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
    2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama adalah dibenarkan. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
    3. Pembelian rumah kediaman baru / sedang didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
    4. Pendapatan purata kasar minima adalah sejumlah RM1,000 sebulan.
    5. Mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dilakukan.
    6. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman adalah <65% daripada pendapatan kasar.
    7. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
    8. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Senarai Institusi Kewangan

Sila rujuk senarai institusi yang terlibat dengan SJKP seperti di bawah :

    • Affin Bank, Affin Islamic
    • Maybank, Maybank Islamic
    • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
    • Bank Muamalat
    • Bank Rakyat
    • Agro Bank
    • AmBank Group
    • AmIslamic Bank
    • Bank Islam BSN
    • Hong Leong Bank
    • Hong Leong Islamic Bank

Baca juga: Jenis Geran Rumah & Cara Untuk Dapatkan Geran

Proses Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2021

Sila rujuk proses permohonan skim ini seperti berikut:

    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
    2. Mendapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama pemohon, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
    3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan yang berasingan. Kepada kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF anda.
    4. Sila sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan anda seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan lakukan permohonan pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
    6. Permohonan mesti dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini. Permohonan adalah bukan dilakukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Baca juga: (video) Pil0t Bersyahadah Di ‘Langit Biru’ Setelah Mendapat Hidayah

Maklumat & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang maklumat lanjut berkaitan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), sila rujuk saluran di bawah:

    • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
      Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
      15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,
      50490 Kuala Lumpur
    • Telefon : 03-2096 5000
    • Faks : 03-2096 5090
    • Emel : enquiry@sjkp.com.my

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress