Skim PeKa B40 : Semakan Kelayakan Skim Peduli Kesihatan B40

PeKa B40 – Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan B40

Untuk makluman anda, Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibina bagi memberi manfaat kepada golongan B40.

Skim Peduli Kesihatan B40 ini diwujudkan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan khasnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Manfaat Skim PeKa B40

Di bawah adalah antara manfaat yang akan diberikan kepada mereka yang layak:

    1. Saringan Kesihatan secara PERCUMA
    2. Diberikan bantuan berupa alat perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori).
    3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000.
    4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3).

Peringatan:

    1. Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
    2. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah didaftarkan.

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah 14 Negeri Bagi Fasa PPN | Menengah & Rendah

skim peka b40

Syarat kelayakan PeKa B40

Sila rujuk kelayakan untuk mendapatkan bantuan PeKa B40 seperti di bawah:

    1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang didaftarkan
    2. Pemohon yang berumur 40 tahun dan keatas.

Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, anda sudah layak secara automatik serta tidak memerlukan pendaftaran.

skim peka b40

Cara untuk Memohon Manfaat Skim PeKa B40

Sila rujuk cara-caraseperti di bawah untuk mendapaktan manfaat skim PeKa B40:

    1. Sila semak kelayakan anda di pautan ini KLIK DISINI
    2. Sekiranya anda layak, sila kunjungi klinik PeKa B40 terdekat. Klinik PeKa B40 boleh dikenal pasti dengan ikon PeKa B40 serta sila pastikan anda membawa MyKad anda.
    3. Pemeriksaan perubatan akan dilakukan di klinik untuk lawatan pertama anda.
    4. Lawatan kedua adalah untuk mengetahui keputusan ujian makmal daripada doktor, serta tindakan susulan/ Tindakan susulan selalunya ADALAH samada akan dirujuk kepada salah satu Fasiliti KKM ataupun Program Sihat dan Aktif KKM (Program Sihat Cergas).

Semakan Kelayakan

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan untuk mendapatkan manfaat PeKa B40, sila semak kelayakan anda di pautan di bawah dengan memasukkan no. kad pengenalan anda:

Pautan: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Senarai Klinik Berdaftar

Sila rujuk dan tekan pautan di bawah untuk mengetahui senarai klinik yang berdaftar di bawah Skim PeKa B40 ini:

Pautan: https://bms.pekab40.com.my/provider

Maklumat Lanjut

Untuk makluman anda Skim Peduli Kesihatan B40 (Skim PeKa B40) ini dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila hubungi saluran di bawah:

    • Hotlina (Talian Utama)\
      • +603-8687 2525
        8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
        9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)
    • Emel
      • info@protecthealth.com.my
      • pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my
      • spikpa@protecthealth.com.my
    • Alamat
      • F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
        Century Square, Jalan Usahawan,
        63000 Cyberjaya,
        Selangor Darul Ehsan​
    • Laman Web

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress