Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Skim Pinjaman Perumahan
Kepada mereka yang mempunyai keinginan atau mahu membina rumah di atas tanah sendiri, kerajaan mempunyai satu Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah yang bertujuan untuk membantu mereka memiliki rumah pertama mereka.
Kriteria Kelayakan Skim Pinjaman Perumahan
Untuk membuat permohonan skim pinjaman perumahan ini, sila rujuk syarat-syarat di bawah:
-
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah berumur 21 sehingga 71 tahun
- Pemohon mesti bekerja serta mempunyai pendapatan
- Pemohon hendaklah bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
- Pemohon belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah hendaklah antara RM1,000 ke RM3,000 sebulan
- Pemohon sudah memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga
Baca juga: SPNB | Cara Mohon Rumah Mampu Milik 2021 Serendah RM300 Sebulan
Syarat-Syarat Pinjaman
Sila rujuk syarat di bawah untuk melakukan skim pinjaman perumahan ini:
-
- Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 dan tidak termasuk perlindungan insurans
- Tempoh maksimum pembayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun
- Caj perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan ke atas peminjam
- Perlu mengambil insuran yang disediakan oleh panel insuran
Syarat-Syarat Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri
Sila rujuk syarat-syarat seperti di bawah untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri melalui Skim Pinjaman ini:
-
- Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
- Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri dimana pelan yang digunakan mestilah pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
- Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Cara Melakukan Permohonan Skim Pinjaman Perumahan
-
- Sila tekan link pautan di bawah dan muat turun Borang
- Sila baca dan isi borang dengan lengkap
- Sila hantar borang permohonan ke alamat yang tertera di muka depan borang.
Borang Permohonan – KLIK DISINI
Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlu mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan ini, sila hubungi Jabatan Perumahan Negara samada melalui telefon, faks atau emel seperti di bawah:
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my