Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan sebuah perbadanan yang mempunyai visi untuk menjadi sebuah yayasan unggul dalam memperkasakan taraf pendidikan dan sosio ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera.
Sehubungan dengan itu, pihak YPM telah mewujudkan pelbagai skim bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya kepada golongan B40. Sila rujuk info di bawah untuk senarai skim-skim bantuan yang diperkenalkan di bawah YPM.
Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui tentang berita-berita terkini.
Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT)
Melalui Pembiayaan PPT, pihak YPM telah menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada para pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran.
Syarat-syarat Kelayakan PPT adalah seperti di bawah:
-
- Bumiputera & warganegara Malaysia
- Pelajar yang telah menerima tawaran pengajian atau yang telah mendaftar pada pengambilan semasa;
- Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM
- Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan
- Pelajar hendaklah tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) merupakan sebuah bantuan kewangan one-off yang diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.
Syarat-syarat Kelayakan SDEP adalah seperti di bawah:
-
- Bumiputera warganegara Malaysia
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.
Skim Bantuan Persekolahan (SBP)
Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) merupakan bantuan berbentuk peralatan / kelengkapan persekolahan / wang tunai yang diberikan kepada pelajar miskin bagi meringankan bebannya dan ibu bapa pelajar.
Skim ini juga terbahagi kepada lima kategori iaitu:
-
- Skim Bantuan Persekolahan – Rendah & Menengah: Bantuan ‘one- off’ kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM500 (Menengah) dan RM300 (Rendah).
- Skim Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar.
- Skim Bantuan Persekolahan – Program Khas: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM.
- Skim Bantuan Khas Persekolahan: Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan.
- Skim Bantuan Persekolahan – Insentif: Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.
Skim Anak Angkat (SAA)
Skim Anak Angkat (SAA) nerupakan sebuah strategi YPM bagi mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan mereka.
Melalui skim ini, pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 yang keluarga yang berpendapatan purata RM3,000 ke bawah akan diplih sebagai anak angkap YPM.
Mereka kemudiannya akan menerima wang saku bulanan sebanyak RM80 bagi sekolah rendah dan RM100 bagi sekolah menengah.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut tentang Skim-skim ini, sila rujuk saluran di bawah:
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
-
- Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur. - No. Tel : 603-26927273 #tertiari
- Sila tekan pautan untuk Senarai Wargakerja YPM yang boleh dihubungi KLIK DI SINI
- Sila layari laman web YPM dengan menekan pada pautan dan pergi ke bahagian “SKIM DAN BANTUAN” KLIK DI SINI
- Seksyen Pendidikan Tertiari