SMPK – Cara Log Masuk Dan Matlamatnya

Apa itu SMPK?? Mungkin ada antara anda yang baru pertama kali mendengar perkataan SMPK ini. SMPK adalah singkatan kepada Sitem Maklumat Prsekolah Kebangsaan.

SMPK

SMPK adalah satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan untuk memastikan capaian data di semua prasekolah di Malaysia dapat di kumpul dengan lebih dengan cepat dan tepat. Jadi, dengan adanya sistem ini ia secara tidak langsung dapat membantu dalam memantapkan lagi pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.

Objektif Sistem SMPK Di Wujudkan

Setiap sistem yang di wujudkan sudah tentulah mempunyai objektif dan tujuanya yang tersendiri. Bagitu juga dengan Sistem SMPK ini. Ada 4 objektif penubuhan SMPK ini. Antaranya ialah:

  1. Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
  2. Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
  3. Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.

Cara Login Ke Sistem

Untuk login ke dalam sistem ini, tidak semua orang boleh log masuk ke dalam ke dalam sistem ini. Hanya pelaksana dan pihak pra sekolah sahaja yang di benarkan log masuk ke dalam sistem ini. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Untuk log masuk ke dalam sistem SMPK perkara pertama sekali yang perlu dilakukan ialah dengan melayari website rasminya terlebih dahulu atau anda boleh klik di sini
  2. Kemudian, anda perlu masukkan ID Pengguna dan Kata laluan untuk anda mula log masuk ke dalam sistem
  3. Selepas itu, anda boleh terus ke menu yang anda mahukan seperti mengemaskini maklumat dan sebagainya.

Pengguna Dan Pelaksana Sistem SMPK

Didalam sistem ini ada beberapa pengguna dan pelaksana yang boleh menggunakan sistem SMPK ini. Antaranya ialah:

Peringkat Pengguna 

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Jabaran Pelajaran Negeri (JPN)
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Institusi [Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta]

Agensi Pelaksana

  • Pra sekolah sekolah-sekolah KPM
  • Tadika KEMAS
  • Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
  • Tadika Swasta

Baca juga: Asmaul Husna : Manfaat Jika Selalu Mengamalkanya

Sebab Apa Sistem Ini Diwujudkan

Ada beberapa sebab kenapa sistem diwujudkan dan menggantikan sistem manual yang digunakan pada suatu masa dahulu. Sistem ini sebenarnya lebih memudahkan pelaksana dan menjimatkan masa berbanding menggunakan sistem manual pada satu masa dahulu. Antara sebab sistem ini diwujudkan ialah:

  1. Suatu masa dahulu KPM tidak mempunyai sistem maklumat yang bersepadu dan tepat untuk pra-sekolah yang menyebabkan maklumat yang dikumpulkan menjadi tidak tepat.
  2. Menggantikan kaedah kutipan data secara manual yang di lihat sudah ketinggalan zaman dan data yang di kumpulkan sangat tidak tepat.
  3. Menambahkan lagi kepelbagaian format kutipan data dan maklumat pra sekolah seluruh Malaysia.
  4. Mengelakkan ketidak seragaman serta ketidak telusan dalam format kutipan data dan maklumat pra sekolah di seluruh Malaysia.

Teknologi Amat Penting Dalam Sistem Pendidikan Seluruh Malaysia

Kesimpulanya, pada masa kini teknologi dan ICT sangat penting bukan sahaja buat kita semua tetapi juga di dalam sistem pendidikan di negara kita. Dengan sistem teknologi yang canggih yang di terapkan di dalam sistem pendidikan dalam negara kita, ia secara tidak langsung akan membuatkan sistem pendidikan negara kita menjadi semakin maju dan mampu berdaya saing dengan sistem pendidikan di kebanyakan negara-negara maju yang lain.

Selain itu, ia memudahkan urusan dalam pengumpulan maklumat dan menjadi maklumat yang dikumpul itu lebih tepat tanpa sebarang masalah.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress