Cara Solat Tahajud, Doa Serta Manfaatnya
Solat Tahajud adalah solat sunat yang dilakukan apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidurnya hanya sebentar. Ia antara amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia adalah solat sunat yang afdal dilakukan pada setiap malam. Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah meninggalkan amalan solat tahajjud dalam hidup mereka.
Firman Allah S.W.T:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’ ayat 79)
Waktu dan Syarat Solat Tahajjud
- Waktu solat sunat Tahajjud adalah selepas solat Isyak sehingga masuknya waktu subuh.
- Namun, waktu terbaik mengerjakan solat sunat Tahajjud adalah pada sepertiga (⅓) malam.
- Jika dalam waktu di Malaysia pada pukul 3.00 pagi sehingga masuknya waktu solat subuh.
Syarat solat tahajud yang anda perlu ikut supaya solat sunat anda sah:
- Anda perlu tidur seketika sebelum anda boleh solat
- Tiada had maksimum rakaat tetapi dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat
Cara Solat Tahajud
Solat Tahajjud boleh dilakukan secara sendirian dengan bilangan 2 rakaat. Ia boleh diulang untuk beberapa kali. Tidak ada penetapan khas untuk jumlah rakaat yang perlu dilakukan seperti solat tarawih (8 atau 20 rakaat).
Namun apa yang lebih baik, ia dilakukan secara istiqamah (berterusan) setiap malam walaupun dengan bilangan 2 rakaat.
Niat Solat
Maksudnya:
“ Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”
Rakaat Pertama
Selepas anda membaca surah Al-Fatihah, ia akan diikuti dengan surah Al-Kafirun. Surah tersebut boleh dibaca di bawah :
Rakaat Kedua
Kemudian, baca surah Al-Fatihah dahulu. Selepas itu, membaca surah Al-Ikhlas :
Doa Selepas Solat
Selepas selesai solat, anda boleh baca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda selesai solat
Manfaat Solat Tahajud
- Amalan yang akan membantu di akhirat
- Menjaga kesihatan rohani
- Jambatan untuk masuk syurga
- Penghapusan dan pencegahan dosa
- Mengangkat darjat
- Doa mudah termakbul
- Mendapat syafaat Nabi SAW
- Mendapat tempat yang terpuji di sisi Allah SWT
- Dapatkan keredhaan Allah SWT