Mesej berantai yang menyebarkan amaran dan berita palsu paling menakutkan. Mana tidaknya, info-info yang di’forward’ berkali-kali tanpa kesahihan sesuatu berita itu akan mengundang pelbagai perkara negatif dalam masyarakat waima perkara itu telah diperjelaskan berkali-kali.
Terbaru, perkongsian menerusi laman twitter seorang wanita mendedahkan ibunya mendapat info bahwa sotong ‘frozen’ yang banyak dijual di pasaraya sebenarnya adalah dubur khinzir. Pastinya info sebegini mendatangkan kesangsian status halal bagi umat islam khususnya .
Dalam ciapan tersebut,kandungan mesej itu menyeru agar orang ramai berhati-hati membeli sotong frozen kerana kemungkinan besar ia adalah dubur khinzir.
Biarpun info sebegini terang-terang adalah palsu tapi masih ada segelintir individu yang masih menyokong mesej seperti itu.
Bagaimanapun, apabila ditinjau di ruangan komen ciapan terbabit, rata-rata netizen ‘tepuk dahi’ kerana banyak golongan warga tua yang mempercayai mesej tersebut dan turut mengongsikan ibu bapa mereka juga mendapat mesej yang sama.
Pun begitu, mesej sebegini ada negatif dan positifnya supaya kita lebih berjaga-jaga apabila memilih makanan dan mana tahu mungkin ada, siapa nak jangka. Kita mengharapkan pihak berwajib khusunya JAKIM melakukan pemantauan dengan lebih kerap dalam memastikan status makanan halal Malaysia.
Amenda la info bukan² orang share kat mak aku ni ? pic.twitter.com/PN4FhFlVmN
— Qilazali (@qeels88) March 3, 2022