SPA8i merupakan satu sistem bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia. Di dalam sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ini, anda boleh membuat permohonan baru atau kemaskini borang permohonan(jawatan) dengan masuk terus ke http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i.
Apabila masuk ke halaman yang diberikan di atas ini, anda boleh memilih samaada server 1 atau server 2 untuk membuat permohonan/kemaskini borang SPA anda.
Kedua-dua server adalah sama. Anda tidak perlu keliru. Kerana server itu boleh dipilih bagi mengelakkan kesesakan traffik. Jika tidak berjaya masuk ke server 1 anda boleh pilih server 2. Jadi anda tidak perlu risau.
Bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dalam sistem SPA8i ini? Bagi pemohon baru yang tidak memiliki akan SPA lagi, anda perlu mendaftarkan akaun baru dengan memasukkan maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, email, nama ibu, dan paling penting kata laluan beserta kod keselamatan yang akan diberikan.
Setelah mendaftar akaun baru, anda boleh terus mendaftar masuk akaun anda terus ke: https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp dan membuat permohonan pekerjaan di SPA8i ini.
Langkah yang diberikan sangat mudah dan anda perlu mengikuti segala arahan yang diberikan. Paling penting anda perlu mengisi kesemua maklumat yang bertanda merah(wajib).
Setelah isi kesemua maklumat yang diperlukan, anda perlu mengesahkan borang dan hantar terus borang. Borang yang telah dihantar akan sah dalam tempoh masa 1 tahun sahaja. Setelah 1 tahun anda perlu mengisi/mengemaskini borang baru untuk permohonan baru.
Maklumat tambahan: Pastikan email yang anda masukkan itu adalah email aktif dan boleh dibuka. Email ini adalah penting kerana segala maklumat atau panggilan temuduga SPA akan dihantar terus ke email anda. Jika email anda tidak dapat dicapai kemungkinan anda akan terlepas panggilan temuduga jika anda terpilih untuk jawatan SPA.
Semakan Permohonan Jawatan SPA8i
Bagi individu yang telah mengisi borang permohonan di SPA, anda boleh membuat semakan permohonan terus ke sistem dengan login masuk akaun anda dan klik ke “semakan permohonan”.
Jika anda terpilih, akan muncul jawatan yang layak untuk anda di Status Permohonan Semasa Jawatan yang Telah Didaftarkan.
Disini, akan dipaparkan maklumat “status urusan” samaada anda layak untuk jawatan itu atau tidak. Jika layak, akan dinyatakan maklumat seperti temuduga atau ujian.
Calon-calon yang terbaik sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga SPA. Jika anda tidak dipanggil, anda adalah calon yang tidak layak untuk kekosongan jawatan itu.
Tetapi jangan mudah berputus asa kerana banyak lagi jawatan SPA lain yang anda boleh isi. Jika rezeki anda tidak akan ke mana. Yang penting adalah usaha tangga kejayaan.