SSM EzBiz Daftar dan Perbaharui Perniagaan Online Anda

Perniagaan online merupakan salahsatu punca pencarian bagi rakyat Malaysia ketika ini. Tahukah anda bahawa setiap peniaga online wajib mendaftarkan perniagaan mereka? Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini memudahkan peniaga online mendaftar perniagaan samada melalui Ezbiz Online.

 

SSM Bagi Perniagaan Online

Jika anda pemilik perniagaan atas talian (online), berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu:

peniaga-online
Peniaga Online perlu daftar SSM

 

Kriteria Pendaftaran Perniagaan Setiap perniagaan online yang dijalankan oleh individu bagi mendapatkan keuntungan wajib berdaftar dengan SSM di bawah Akta Perniagaan 1956 (ROBA1956)
Pendaftaran Perniagaan Online Cara mendaftar perniagaan online adalah sama dengan milikan tunggal atau perkongsian. Rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan di sini.
Kegagalan Daftar Perniagaan Online Jika pemilik gagal mendaftarkan perniagaan mereka, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya. Selain dari, oleh kerana perniagaan online tersebut tidak didaftarkan, ianya tidak dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah melibatkan undang-undang.
Kelebihan Mendaftar Perniagaan Kelebihan yang diperolehi oleh perniaga online yang mempunyai SSM adalah seperti berikut :
  • Perniagaan dimiliki telah menjadi sebuah entiti yang sah.
  • Meningkatkan keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan
  • Membantu memudahkan pengguna yang ingin membuat verifikasi maklumat perniagaan.
  • Penyaluran bantuan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan dapat dilaksanakan.

SSM EzBiz

Terdapat 2 cara untuk menggunakan EzBiz, samada menggunakan EzBIz Online atau EzBiz Kiosk  .

EzBiz Online

Pemilik perniagaan juga boleh mendaftarkan perniagaan melalui laman EzBiz Online. Sistem yang mula diperkenalkan sejak 17 September 2015 memudahkan pemilik perniagaan membuat pendaftaran perniagaan secara atas talian tanpa perlu ke pejabat atau kiosk EzBIz. Ianya boleh diakses 24 jam sehari 7 hari seminggu. Setiap pemilik atau rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna (user) dan perlu membuat verifikasi pertama kali di pejabat SSM berdekatan.

 

Pendaftaran Semasa PKP

Oleh kerana pejabat SSM tidak dibuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh mendaftar sebagai user secara email.

Sila email ke enquiry@ssm.com.my dengan nombor rujukan EzBiz bersama 3 dokumen ini:

  1. Gambar kad pengenalan depan dan belakang.
  2. Selfie muka dengan kad pengenalan sehingga paras leher.
  3. Dokumen sokongan contohnya gambar lesen memandu.

 

ssm-ezbiz-online
Laman EzBiz Online

 

EzBiz Kiosk

Perkhidmatan EzBiz Kiosk boleh digunakan bagi pembaharuan perniagaan, pembayaran kompaun dan pembelian maklumat perniagaan

 

ezbiz-kiosk

Berikut video tatacara daftar menggunakan EzBiz Kiosk:

Mudah sahaja bukan untuk mendaftar perniagaan online anda dengan EzBiz? Sekarang semuanya di hujung jari. Perbankan seperti Maybank2u dan CIMB Clicks memudahkan peniaga online untuk menerima atau membuat pembayaran. Gunakan peluang ini untuk menjana pendapatan walau dimana anda berada. Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca OnViral.

 

Sumber:

1. Laman Rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Noor Azlin Mohamad

Blogger yang suka menulis kisah yang memberi inspirasi dan share maklumat berguna untuk semua.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress