Status BKM Anda Ditolak? Cara Kemaskini Permohonan BKM 2022 Dengan Betul.

Status BKM Anda Ditolak? Cara Kemaskini Permohonan BKM 2022 Yang Perlu Anda Tahu

Bantuan Keluarga Malaysia merupakan bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan yang lebih tertumpu untuk golongan yang sangat memerlukan bagi meringankan tanggungan kos sara hidup dan beban rakyat marhaen yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.

OnViral akan sajikan kepada anda mengenai maklumat penting BKM 2022 yang wajib anda ketahui.

Jenis Penerima BKM

Isi Rumah

    • Sudah berkahwin (Ada atau tidak mempunyai anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak ; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.

Maklumat Penting

1. Pemohon yang perlu melakukan proses pengemaskinian:

    • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk nereka yang mempunyai status “tidak lulus” disebabkan menerima bantuan GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemas kini permohonan.

2. Pemohon yang perlu melakukan permohonan baharu BKM 2022:

    • Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem BKM atau tidak pernah menerima bantuan BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
    • Memiliki pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tanggungan menepati syarat.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon

    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Pasangan

    • Salinan Kad Pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan passport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan lama

Anak

    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Kaedah Penghantaran Dokumen Sokongan

Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi BKM semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau

Hadir ke Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemakluman Keputusan Permohonan BKM 2022

Semakan secara dalam talian:

Maklumat Lanjut

    • Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747
    • Hotline BKM MOF 03-8882 4565/ 03-8882 4566
    • E-mel bkm@treasury.gov.my
    • Alamat Kementerian Kewangan Sekretariat BKM Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress