Stop Astro Dan Guna Njoi | Lihat Caranya!

Tukar Langganan Astro Kepada Njoi (Tanpa Bayaran Bulanan). Ikut Langkah Ini Sekarang!

Langganan Astro semakin lama semakin meningkat caj perkhidmatan. Maka itu, solusinya ialah NJOI, iaitu perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Februari 2012 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro.

Bertepatan dengan situasi hari ini, pengurangan kos hiburan dapat menambah lebihan wang supaya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Berapa Bayaran Tukar Langganan Astro Ke Njoi?

Setelah menukar daripada Astro kepada Njoi anda tak perlu lagi membayar caj langganan seperti anda melanggan Astro sebelum ini. Pengunaan Njoi cuma perlu dibayar pada kali pertama sahaja dan setiap siaran/channel yang anda minat boleh dibeli secara berasingan. Jadi, tidak akan ada siaran yang tak penting dibayar sekali dalam pakej anda beli seperti Astro.

Walaubagaimanapun , terdapat caj untuk proses pertukaran Astro ke Njoi berjumlah RM 50 sahaja.

Selepas menukar, anda tak perlu menukar decoder Astro anda. Pakai saja yang ada dan tunggu sekurang kurangnya 48 jam baru lah anda boleh menikmati siaran Njoi.

Bagaimana Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi?

    • Layari laman rasmi Astro di https://www.astro.com.my/
    • Klik pada pautan “Contact Us”.
    • Klik pada logo Whatsapp.
    • Di aplikasi Whatsapp anda, secara automatiknya anda diberikan beberapa pilihan. Pilih pilihan “2-Technical Help”.
    • Sila ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebut.
    • Maklumkan bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi.
    • Untuk tujuan pengesahan, pegawai yang membalas pertanyaan anda itu akan meminta beberapa butiran antaranya:
      1. No akaun Astro
      2. MyKad
    • Sekiranya terdapat bayaran tertunggak, anda akan diminta untuk menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu.
    • Pihak Astro akan membatalkan langganan Astro anda sebelum mengaktifkan Njoi.
    • Pertukaran mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.
    • Sekiranya pertukaran ini masih belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
    • Talian khidmat pelanggan
      • Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menukar langganan Astro ke Njoi, anda boleh menghubungi talian khidmat Astro melalui sala satu kaedah berikut:

Telefon – 03 9543 3838
Self portal – www.astro.com.my/selfservice
Facebook – www.facebook.com/Astro
Twitter di – www.twitter.com/astroline
Live Chat di www.astro.com.my/contactus

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress