Subhanallah! kerajaan sediakan bantuan henfon, hanya 15% yang ambik. Pelik orang malaysia tak nak telefon percuma ke…

Menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan satu bantuan yang akan diberikan kepada rakyat berbentuk peranti mudah iaitu telefon bimbit dan data internet. Bantuan ini adalah bantuan daripada Kerajaan selain bantuan i-Sinar , Bantuan Keluarga Malaysia dan banyak lagi.
  1. Golongan Pelajar / Remaja (Berumur 21 Tahun kebawah).
  2. Pelajar Universiti / Kolej (Berumur 21 Tahun keatas).
  3. Golongan berpendapatan rendah (B40)

2 pakej Peranti Keluarga Malaysia ialah ;

1. Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Memudahkan dan melancarkan sesi pembelajaran serta urusan harian golongan remaja dan pelajar.
Kandungan Pakej Peranti Keluarga Malaysia:
  •  Internet asas tanpa had.
  • Pakej prabayar khas untuk pelajar dan remaja.
  • 30GB data percuma. (1GB sehari).
  • RM30 untuk 20GB data. (50% lebih murah dari pakej sedia ada).
  • Internet selama 3 bulan.
2. Pakej Peranti Keluarga Malaysia
Memberi kemudahan kepada keluarga kurang berkemampuan untuk memiliki telefon pintar agar tidak ketinggalan sebarang maklumat.

Kandungan Pakej Peranti Keluarga Malaysia:

  • Peranti mudah alih 4G dan VoLTE.
  • Langganan serendah RM40/sebulan.
  • Kontrak selama 12 – 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti).
  • 30GB data percuma selama sebulan. (1GB setiap hari).

Tarikh Kelangsungan Pakej:

Tempoh mendaftar bagi kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 selama tempoh enam (6) bulan.

Cara Mendaftar:

Hubungi syarikat telco yang terlibat dalam pelaksanaan kedua-dua pakej ini dan bawa kad pengenalan anda untuk proses pendaftaran.

Senarai Telco:

Berikut adalah senarai telco yang menawarkan pakej Keluarga Malaysia: Klik Di Sini👇

Maklumat Lanjut:

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KKMM klik pautan di bawah ini atau kunjungi premis telco-telco berhampiran anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress