Untuk makluman anda, subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak telah melibatkan seramai 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lepas.
Sila rujuk artikel di bawah untuk keterangan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk membaca berita-berita semasa disamping mendapatkan info tentang bantuan-bantuan terkini yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat)
Di dalam Bajet 2022, kita telah menyaksikan serta menyedari tentang keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.
Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terdiri daripada golongan kanak-kanak dan daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes melibatkan kematian.
Pihak Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).
Diharap agar rebat ini akan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS. Ini pada masa yang sama diharap dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak.
Kelayakan Subsidi CRS
Sila rujuk kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022 seperti di bawah:
-
- Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
- Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Warganegara yang menetap di Malaysia.
- Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
- Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
- Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.
Kadar Insentif & Subsidi Carseat
Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).
Langkah Penebusan Subsidi CRS
Sila rujuk langkah untuk melakukan penebusan subsidi CRS (child carseat) 2022 seperti di bawah:
-
- Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
- Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
- Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
- Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
- Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.
Tarikh Permohonan & Pembelian Subsidi CRS
Permohonan / penebusan subsidi CRS akan bermula pada 1 Mac 2022. Bagi semakan kelayakan pula akan bermula pada 1 April 2022 dan pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.
Kategori CRS – Child Carseat
Bagi pengetahuan para penjaga yang akan melakukan penebusan subsidi ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlu memenuhi ciri-ciri dan kriteria seperti di bawah:
-
- Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
- Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
- Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
- Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.
Sila rujuk jenis-jenis carseat mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh MIROS di bawah ini.
GARIS PANDUAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK – GarisPanduan-v1.1
Soalan Lazim
Soalan 1 : Adakah saya layak menuntut sekiranya tempoh sah subsidi saya tamat?
Anda layak. Sila lakukan permohonan semula sebelum 30 September 2022 dan perlu dituntut pada atau sebelum 31 Oktober 2022.
subsidi melalui sistem ini?
Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober 2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 dan bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan mengemukakan emel kepada mycrs@miros.gov.my
Maklumat Lanjut
Sila tekan pada pautan untuk garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia. GarisPanduan-v1.1