Kepada mereka yang merupakan pencinta haiwan yang bernama kucing, mereka sudah pastinya akan sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa haiwan comel ini. Manakan tidak, haiwan ini merupakan haiwan yang sangat comel dan sangat-sangat jinak malah dalam hadis juga ada menyebut tentang perihal kucing yang menjadi haiwan kesayangan Rasullullah.
Seperti kisah yang tular di Twitter beberapa minggu lepas dimana kebaikan seorang kanak-kanak lelaki telah mencuri tumpuan ramai orang. Budak lelaki berkenaan sanggup masuk ke dalam longkang demi menyelamatkan beberapa ekor anak kucing yang lemas dihanyut air.
Dia sanggup masuk longkang kotor untuk selamatkan anak kucing yang lemas, tanpa menghiraukan risiko dan keadaan longkang tersebut. Kelihatan kanak-kanak lelaki itu menyelamatkan seekor anak kucing di dalam longkang dengan menggunakan jaring.
Tindakan budak tersebut yang dilihat amat spontan dan berani mendapat perhatian dan rasa hormat daripada orang ramai kerana berpendapat dia seorang yang berhati mulia kerana sanggup meredah air longkang yang agak kotor demi nyawa sejenis haiwan yang menjadi kesayangan ramai itu.
Yang menariknya lagi, mak cik kepada kanak-kanak lelaki itu sempat meninggalkan komen dengan memberitahu bahawa budak lelaki tersebut yang bernama Rayyan Afif sememangnya seorang yang suka dan cinta akan kucing dimana dia pernah juga viral di Facebook pada tahun lepas.
Di bawah adalah salah satu posting daripada netizen yang berbunyi “Saya tidak kenal awak siapa, tetapi anda membuatkan saya mempunyai rasa hormat terhadap anda” Tahniah Adik Rayyan. Tabik hormat kepada anda!
Ni anak buah saya. Nama dia Rayyan Afif. Sampai ke twitter viral. Tahun lepas kat fb ? Rayyan mmg pencinta kucing, pantang nmpk kucing terbior kt tepi jalan dia amik bawak balik rumah hehe pic.twitter.com/K2wePVWCvI
— ES (@emmanissss) March 7, 2021
“Semoga adik sihat ya” – Komen seorang netizen yang juga menggelarkan Adik Rayyan sebagai seorang pahlawan.
Ketika artikel ini ditulis, Post tersebut telah mendapat 41.6K retweets, 75.6K likes serta 499 quote tweets.
Kebanyakan netizen memuji tindakan adik Rayyan Afif dan berkata dia merupakan superhero yang sejati kerana menyelamatkan nyawa anak kucing itu daripada lemas.