Saya dah buntu nak fikir cara bayar bulanan rumah. Bank pula siap dah hantar notis. Subhanallah Allah hadirkan kawan yang memberitahu bahawa KWSP ada pengeluaran dana khas untuk pembayaran bulanan rumah.
Ramai yang tidak tahu bahawa wang simpanan KWSP anda boleh digunakan untuk buat pembayaran rumah secara bulanan. Berikut kami kongsikan sedikit sebanyak info berkaitan KWSP. Semoga bermanfaat.
Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk berita-berita semasa dan permohonan bantuan kerajaan Malaysia.
Pengeluaran Wang KWSP Untuk Pembayaran Bulanan Rumah
Pengeluaran dana KWSP untuk bayaran bulanan rumah boleh mengurangkan komitmen seseorang, sama ada bersifat sementara atau tahunan. Simpanan Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan, atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Mereka yang Layak Memohon
-
- Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
- Umur 55 ke bawah.
- Sekurang-kurangnya mempunyai RM600 dalam Akaun 2.
- Membeli/membina rumah kediaman*
- Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang telah diiktiraf KWSP.
- Ansuran bulanan telah bermula.
Nota Penting : Rumah kediaman – banglo/ teres/ semi-detached/ apartment/ condominium/ studio apartment/ serviced apartment/ townhouse/ jenis SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
Kadar Pengeluaran Yang Dibenarkan KWSP
Untuk pengeluaran individu dan pengeluaran bersama, jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah:
-
- Jumlah baki pinjaman perumahan, atau;
- Semua simpanan dalam Akaun 2, atau;
- Bayaran bulanan minimum ialah RM100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama 6 bulan.
Dokumen Permohonan
-
- Borang 9P (AHL) KWSP dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan sahaja pemegang MyKad) – KLIK DI SINI
- Salinan dokumen pengenalan diri dengan asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja) – KLIK DI SINI
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan daripada LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan (LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).
- Perjanjian Jual Beli (S&P) /Bukti Gadai Janji /Penyerahan Hak Milik (Borang Gadai Janji & Surat Hak Milik) – jika maklumat dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
- Buku bank atau salinan penyata akaun bank
- Muat turun senarai semak dokumen permohonan di sini.
Kaedah Pembayaran
Bayaran pengeluaran KWSP secara kredit atau cek, dan baki pinjaman akan dibayar melalui cek kepada pemberi pinjaman (institusi perbankan).
Nota Penting Ansuran Bulanan KWSP
-
- Pengeluaran KWSP untuk bayar bulanan rumah ini adalah terhad kepada satu rumah sahaja bagi setiap ahli. Ini bermaksud pengeluaran yang seterusnya adalah untuk rumah yang sama juga.
- Pemohon boleh melakukan pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran untuk Menjelaskan Baki Pinjaman secara serentak.
- Tempoh ansuran bulanan mestilah tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
- Tempoh bayaran bulanan maksimum mestilah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan
- Sekiranya rumah dibiayai semula, baki pinjaman akan dikira berdasarkan bayaran pinjaman asal daripada pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Surat penebusan hutang akan dibandingkan dengan baki terkini untuk menentukan jumlah yang layak untuk dicairkan sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemberi pinjaman yang terlibat. Sila ambil maklum yang anda juga tidak layak memohon sekiranya pinjaman asal telah selesai.
- Untuk pinjaman perumahan tertunggak berstatus NPL, pemohon dibenarkan memohon melakukan pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan dibayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
- Ketika ahli melakukan permohonan, jika terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain yang masih berkuat kuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan antara jumlah pengeluaran peminjam yang lain.
- Pemohon boleh membuat pengeluaran dalam masa 30 hari sebelum tarikh mula ansuran. Akan tetapi bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuat kuasa.
- Untuk pengeluaran seterusnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan sebelumnya selesai.
- Amaun pengeluaran dari Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas untuk pembayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
- KWSP berhak membatalkan pengeluaran bayaran bulanan sekiranya pinjaman telah dijelaskan, rumah dijual/dilelong/pindah hakmilik atau jika didapati bersalah menipu dengan mengemukakan maklumat/dokumen palsu.
Soalan Lazim
-
- Soalan : Mengapakah ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Ahli perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman CIJ bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
-
- Soalan : Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?
-
-
-
- i-Akaun (semakan di ‘Status Pengeluaran’)
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)
- Kunjungi kaunter KWSP yang berdekatan
-
-
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP dengan satu pengeluaran mudah, sila tekan pautan ini KLIK DI SINI
Baca Juga : Jom Semak | KWSP Dijangka Umum Dividen Sekitar 5.2 Hingga 6.0 Peratus