Untuk menggoreng memang memerlukan minyak dan minyak pula perlu dipanaskan terlebih dahulu sudah semestinya. Semua orang yang minat memasak sudah pasti tahu perkakas yang perlu digunakan ketika memasak apatah lagi semasa memasak makanan yang memerlukan kita dijauhkan dari menyentuh atau terkena minyak yang panas. Naya je kalau terkena minyak panas semasa memasak, yelah sedangkan kalau minyak panas terpercik lagi kita dah menjerit.
Satu Posting viral yang dikongsi oleh @ajimo ditemui di laman tik tok amat mengejutkan dan pada masa yang sama mengagumkan.
@ajimo ??
Seorang lelaki yang berkemungkinan bekerja di kedai atau restoran yang berkemungkinan terletak di Kelantan mengagumkan netizen apabila mempunyai kemampuan mencelup tangannya ke dalam kuali berisi minyak panas semasa menggoreng ayam.
Cara pakcik tersebut menggoreng ayam dengan hanya menggunakan tangan tanpa menggunakan sudip sangat memeranjat. Mungkin pakcik ini kebal tangan agaknya. Kebolehannya menggoreng dengan memasukkan jari-jarinya kedalam minyak yang menggelegak itu sangat menakjubkan.
Aksinya yang bersahaja menggoreng menggunakan tangan turut membantu dalam menaikkan jumlah paparan media sosial hingga mampu mencecah lebih 749k tanda suka setakat ini.
Komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa terkejut dan kagum serta ada juga yang kehairanan tertanya-tanya.
“aku goreng telur pun dah menari zapin kene minyak”
“jangan cuba cuba nak mencuba aksi ni” – komen seorang netizen