Tak Sangka Ini Yang Aliff Aziz HADIAHKAN Untuk Bella Astillah Lepas Menang GV8

Bukan sekali dua kontroversi yang melanda rumahtangga penyanyi Aliff Aziz,31 dan Bella Astillah,28 namun jika sudah jodoh yang tertulis, cinta yang retak bercantum kembali rindu yang hilang bersemi semula.Umum mengetahui pasangan ini pernah bercerai  pada tahun 2019 dan tidak lama selepas itu kembali ruju’ dalam tempoh edah.

Pasangan ini juga dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean,5 dan Ara Adreanna,2.

Tahun 2022 menyinar ,Aliff Aziz berjaya menjuarai  program nyanyian Gegar Vaganza 8 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi. Naib juara pula disandang Nikki, melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.Manakala Suki Low terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Persembahan penuh bertenaga dan konsisten yang ditunjukkan Aliff suami kepada Bella Astilla ini mencuri tumpuan penonton dan mendapat komen positif juri setiap minggu sehingga ada yang mengatakan Aliff anak emas Astro .Jika dan terbukti berbakat, dimana pun cabaran pasti disahut dengan baik.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Rakan-rakan yang berada di pentas ni, mereka semua dah buat terbaik. Terima kasih kepada keluarga dan juri-juri semua.’ucap Aliff ketika ucapan juara GV8 yang lalu.

 

Terbaru menerusi perkongsian instgram milik Aliff Aziz, mereka sekeluarga akan berangkat pergi menunaikan umrah untuk pertama kalinya. Pasti suatu perjalanan idaman yang telah lama diimpikan oleh Aliff dan isterinya.Menjengah ruangan komen instagram Aliff,banyak kata-kata semangat dan doa buat pasangan ini untuk terus istiqamah menjaga rumahtangga mereka.

 

On Viral mendoakan semoga perjalanan pergi dan balik Aliff sekeluarga selamat dan mendapat umrah yang mabrur.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress