Tak Semua Dikurniakan Kepakaran Yang Luar Biasa, Namun Pemuda Ini Telah Berjaya Menyalin 30 Juzuk Al-Quran.

Tak dapat diakatakan bahawa segelintir orang dikurniakan bakat atau kepakaran seni yang sangat bagus, tidak kiralah sama ada seni bernyanyi, melukia dan sebagainya.

Bagi pengguna Twitter, anda mesti tahu sekarang adanya ‘trend’ di mana rata warganet muat naik kisah kepakaran masing-masing. Bagi salah seorang pemuda ini yang bernama Ahsanul Fikri juga mengongsikan tentang tulisan tangannya yang telah meraih orang ramai.

Beliau berkata tulisan itu dipanggil ‘penulisan tahiri’ ia adalah salinan tulisan tangan ayat quran. Foto yang dikongsikan oleh beliau diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz Darul Quran.

Antara keperluan program itu ialah hendaklah membuat salinan tulis tangan ayat Quran yang dihafal dan pemuda ini telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.

Katanya lagi, beliau telah belajar tulisan itu sejak dari sekolah menengah lagi pada usinya 13 tahun. Beliau kini sudah berumur 22 tahun dan menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu memberitahu pada awalnya agak sukar untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.

Tapi dengan hasil latihan yang kerap dan usaha yang tinggu, dapat juga beliau lakukan dengan mudah dan mampu menulis 1 juzuk dalam masa sehari. Mahupun kini tidak lagi buat penulisan tahiri namun beliau tetap membelek ayat-ayat itu dan semak semula hafalan.

Antara komen netizen ;

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress