Tanam Sayur Di Laman Rumah, Dua Pemuda Ikhlas Bersedekah

Halaman rumah 2 pemuda bertukar menjadi tempat tanam sayur dan kebun pelbagai jenis sayur-sayuran setelah hasrat untuk bercucuk tanam yang pada mulanya sekadar mengisi masa lapang membuahkan hasil yang agak meriah dan memberangsangkan. Kedua mereka mula menanam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.

Sudah pasti ramai yang sedia maklum, tempoh pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan sehingga menyebabkan pendapatan keluarga terjejas dan ada juga sesetengah daripada rakyat yang terputus bekalan makanan dan terpaksa berhutang demi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun Rezeki dua orang pemuda ini amat berlainan. Jangan terperanjat apabila hasil tanaman sayur-sayuran yang mereka perolehi hasil titik peluh mereka bukannya untuk dijual tetapi dengan murah hati disedekahkan kepada jiran tetangga. Jiran-jiran mereka pasti merasa beruntung memiliki jiran yang berhati mulia yang tidak berkira dan sanggup berkongsi rezeki yang ada.

tanam sayur
Bermula dengan spontan dan tiada perancangan tepat membuahkan hasil tanaman yang subur.

“Share rezeki… semua lepas ambil nak bayar, tapi saya cakap tak payah. Ambil je,” Ujar Lah dalam kapsyen perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Daripada perkongsian video tersebut, kelihatan pemilik kebun sayur iaitu dua orang pemuda berkenaan sedang mengagihkan sayur-sayuran yang ditanam di halaman rumahnya kepada jiran tetangga yang datang untuk mengambil.

Video tersebut sehingga kini telah meraih hampir 38,000 jumlah tontonan dan sudah tentu dibanjiri dengan komen para netizen yang memberikan pujian terhadap sikap mulia pemilik kebun.

Salah seorang pemuda pemilik kebun iaitu Zulkifli Ahmad  berkata idea untuk bercucuk tanam sayur-sayuran itu tercetus secara spontan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) dilaksanakan pada Jun lalu.

@zulahmad34

SHARE REZEKI…..

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

“Asalnya sekadar hobi suka-suka saja. Nak kata saya minat sangat nak bercucuk tanam, tidak juga. Tapi masa PKP tu nak keluar pun tak boleh, jadi saya bersama seorang rakan serumah, Jorizal Yazit, mula menanam sayur perlahan-lahan.

“Asalnya sebelum ini cuba tanam stevia (Candyleaf) tapi tak menjadi… jadi tukar tanam sayur pula. Syukur Alhamdulillah, seronok pula tengok hasilnya kali ini menjadi. Dulu tanah dekat laman bahagian tepi ni tumbuh rumput je… sekarang ni dari belakang hingga depan penuh dengan pokok-pokok sayur.

“Niat kami memang nak sedekah saja… jiran-jiran yang satu lorong dengan rumah kami semua dapat sayur free”. tambahnya lagi

Baca juga: Van Jenazah yang Diwakafkan, Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Kawan Baik

tanam sayur
Kelihatan rakan serumah Lah sedang mengagihkan sayuran kepada jiran.

“Rumah teres kami ni dekat dengan kedai runcit. Bila ada orang lalu lalang dan nampak kebun sayur ni, mereka tanya nak jual ke? Kami beritahu tak jual, siapa nak boleh ambil. Ramai nak bagi duit lepas ambil sayur, tapi memang niat kami nak sedekah,” jelas pemuda yang lebih senang dengan panggilan Zul ini lagi..

Selain itu Zul 34 juga memberitahu bahawa terdapat hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di kebun luar rumah mereka seperti kacang panjang, bendi, cili, terung, sawi, bayam, tomato, kailan dan bermacam sayur yang lain.

tanam sayur
Jiran-jiran yang datang mahu membayar tetapi Lah dan rakannya menolak dengan niat untuk bersedekah.

“Kami banyak belajar atau rujuk di YouTube macam mana nak semai anak benih dan cara penjagaan pokok. Alhamdulillah menjadi. Tak sangka selepas viral video tu, ramai pula nak minta tip macam mana nak bercucuk tanam.

“InsyaAllah nanti saya akan muat naik video berasingan untuk kongsi tip tersebut. Terharu sangat bila ramai yang memuji, ada yang nak datang singgah, ada yang cakap ‘tangan sejuk’.

“Mungkin sedikit sebanyak saya warisi daripada arwah mak… arwah mak saya memang suka bercucuk tanam sama ada pokok sayur mahupun hiasan,” ujar penjawat sektor swasta ini yang menetap di kediaman jenis teres di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Zul menambah yang mereka akan memperuntukkan masa setiap hujung minggu di kebun sayur berkenaan memandangkan dia dan kawan serumahnya bekerja.

“Kalau hari-hari biasa, tengoklah waktu terluang sama ada pagi atau petang selepas pulang kerja. Tapi kalau weekend, memang kami all-out. Best sangat tengok pokok-pokok menghijau dekat laman.

tanam sayur
Hasil tanaman dari hati yang mulia.

“Sebagai orang bujang, dari tak buat apa-apa, kami cuba manfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim Covid-19, boleh juga membantu mana yang boleh.

“Alhamdulillah semoga bertambah rezeki”

“Ada Tutorial ke”, Seorang netizen bertanya

“Tangan dia ni mesti sejuk sebab tu tanaman hidup subur”

“Nak membantu atau bersedekah tak semestinya dengan wang ringgit. Seronok sangat bila tengok orang happy… kita pun tumpang happy sekali. Sambil-sambil tu boleh juga keluarkan peluh,” tambah Zul lagi.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress