Tangkap Scammer Online! | Check No Fon & Akaun Guna CCID

Kecanggihan teknologi dalam perbankan sudah mencapai tahap atas talian dan melibatkan perniagaan yang boleh dijalan secara online. Makin ramai berurusan atas talian semakin ramai berpotensi menjadi mangsa segelintir golongan yang menipu demi kepentingan diri sendiri. Golongan ini lazimnya digelak scammer. Semakin hari semakin licik menjalankan modus operandi agar tak diketahui.

Jadi, bagaimana untuk dielak golongan seperti ini. Bagaimana untuk mengelak ditipu oleh scammer?

Caranya ialah mengunakkan sebuah portal khas PDRM https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID)

Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.

Kita boleh masukkan maklumat ini untuk mengesan scammer:

    • No Akaun Bank
    • Nombor Telefon

Apa itu Laman Web CCID / Semak Mule?

Sebelum membuat urus niaga sebarang transaksi bayaran atau apa apa pun dengan pihak lain terutamanya dalam jumlah yang besar, buat semakan nombor akaun atau nombor telefon.

Cara nak check scammer online ni mudah sahaja dan hanya ambil masa beberapa saat sahaja!

Di sini kami kongsikan langkahnya:

  1. Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
    http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
    ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
  2. Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu
    • Nombor akaun bank
    • Nombor telefon
  3. Pilih salah satu daripada kategori di atas.
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
  5. Masukkan maklumat Captcha
  6. Tekan butang ‘Semak Maklumat’
  7. Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.

1. Laman Web CCID

Jika buat carian melalui laman web, akan keluar page macam di bawah ini.

Masukkan nombor telefo atau nombor akaun orang yang kita nak check dalam ruang di bawah.

Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.

Semakan akan memaklumkan kepada kita sama ada pemilik nombor tersebut pernah dilaporkan atau tidak.

Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang dimasukkan tadi.

2. Aplikasi CCID Semak Mule

Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:

Cara yang sama iaitu, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.

Jika nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi seperti ini

Jika mendapat amaran, hentikan sebarang urus niaga dan terus laporkan kepada pihak polis.

Pengunaan sistem portal ini adalah langkah berjaga-jaga supaya perbankan dan peniagaan atas talian anda lebih selamat.

Sebarang pertanyaan sila berhubung melalui saluran

  • Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
  • CCId Scam Response Center : 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599
  • Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress