Tanpa Faedah | Permohonan Pinjaman RM10k BSN

BSN | Mohon Pinjaman RM10k Tanpa Faedah

Pembiayaan peribadi ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir.

Jumlah pembiayaan ini adalah tanpa faedah khas untuk mangsa banjir. BSN MyRinggit-i Banjir dipertingkatkan sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini selepas kenyataan yang diumumkan kerajaan.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa dan juga permohonan terkini kerajaan Malaysia.

Tarikh Permohonan

Permohonan sudahpun boleh dilakukan dimana tarikh permohonan bermula pada 27 Disember 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan

    • Warganegara Malaysia.
    • Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
    • Bukan seorang yang muflis.
    • Hanya satu permohonan untuk satu isi rumah.

Cara Melakukan Permohonan

Cara memohon adalah mengisi borang secara online.

Jika mempunyai masalah untuk mengakses secara atas talian sila kunjungi cawangan BSN berdekatan untuk memohon.

Muat Turun Borang Permohonan

BSN MyRinggit-i Banjir

Dokumen Wajib

Dokumen yang diwajibkan untuk membuat permohonan adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.
    • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.

Maklumat Pembiayaan

    1. Kadar Keuntungan: 0.00%
    2. Had Pembiayaan: Sehingga RM10,000
    3. Tempoh Pembiayaan: 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
    4. Kaedah Bayaran: Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN.

Semakan Status Permohonan

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.

Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan Semak Permohonan – MyRinggit-i Banjir.

Nota:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Baca Juga : Bantuan i-Fitri B40 & M40 Tahun 2022 | Cepat Mohon Sebelum Aidilfitri

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress