Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas

Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif melaksanakan pembayaran untuk bulan Mei lebih awal.

OnViral ingin berkongsi kepada anda maklumat terkini pembayaran Bntuan Raya JKM pada Mei 2022 sempena Sambutan Aidilfitri.

Tarikh Pembayaran Bantuan Mei 2022

Untuk makluman semua, bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bermula:

    • 25 hingga 30 April 2022

Bayaran untuk bulan Jun 2022 pula akan dikreditkan mengikut tarikh asal iaitu antara 1 hingga 10 Jun 2022.

Senarai Bantuan Yang Boleh Anda Mohon Daripada JKM

1. Bantuan Suri Rumah RM480

Suri rumah akan menerima insentif caruman sebanyak RM480 ​​yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun berikutnya. Selain itu, bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500.

Cara Memohon Bantuan Suri Rumah 2022: Bantuan Suri Rumah

2. Bantuan Kanak-Kanak

Tahukah anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan anak-anak untuk terus hidup dan mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, mengumumkan peningkatan jumlah bantuan kepada RM1000 berbanding RM450 pada sebelum ini.

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak RM1000: Bantuan Kanak-Kanak

3. Bantuan Warga Emas RM500

Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Warga Emas akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Panduan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500: Bantuan Warga Emas

Maklumat lanjut

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress