Tarikh Bayaran i-Citra November 2021 – Bayaran RM1,000

Tarikh Bayaran i-Citra November 2021 – Bayaran RM1,000

Untuk makluman, bayaran i-Citra November bakal dilaksanakan pada awal bulan ini.

Permohonan i-Citra kini lebih mudah hanya dengan online sahaja. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 ini telah bermula pada bulan Ogos yang lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh 5 bulan mengikut permohonan anda.

Baca Juga: Langkah Daftar & Terima RM250 Caruman Tambahan

Tarikh Pembayaran i-Citra November

Pembayaran bulan November akan diawalkan pada 1 November 2021. Dan ianya akan dibayar secara berperingkat mengikut batch/kumpulan masing-masing. Berikut merupakan tarikh rasmi untuk bulan-bulan pengeluaran i-Citra:

    • Ogos – 2 Ogos 2021
    • September – 1 September 2021
    • Oktober – 1 Oktober 2021
    • November – 1 November 2021
    • Disember – Akan dikemaskini

jadual i citra november

Intipati Pengumuman KWSP

Berikut adalah intipati daripada pengumuman KWSP mengenai i-Citra November:

    • Pembayaran amaun hanya akan dibuat pada hari bekerja sahaja.
    • Sila rujuk tarikh pembayaran i-Akaun anda untuk maklumat lanjut.
    • Sekiranya pembayaran i-Citra Oktober anda pada 1 Oktober, bayaran untuk bulan November akan bermula pada 1 November.
    • Jika bermula 2 Oktober, bayaran anda akan bermula pada 2 November.
    • Tempoh pembayaran paling lambat adalah maksimum 2 minggu.

 

jadual pembayaran i citra terkini 2021

Cara Semak i-Citra Online

Untuk membuat semakan kemasukan pembayaran dan status i-Citra ahli KWSP, sila lihat langkah di bawah:

    1. Semak di https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
    2. Masukkan MyKad dan Kata Laluan anda.
    3. Dan masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
    4. Tanda Saya Bukan Robot.
    5. Status penyata anda akan dipaparkan.

Semoga berjaya dalam semakan dan permohonan anda. Anda masih boleh memohon iCitra ini jika anda ingin membuat pengeluaran KWSP sebanyak RM5,000.

Sebarang pertanyaan & kemusykilan boleh rujuk FAQ di sini.

Share & Kongsikan artikel ini kepada mereka yang lain. Terima Kasih.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress