Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan, semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bilakah agaknya bayaran i-Citra akan dikreditkan ke akaun penerima, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Dengan adanya jadual dan tarikh bayaran i-Citra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan efisyen.
OnViral akan kongsikan kepada pembaca mengenai info lengkap i-Citra ini.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan
Semakan Tarikh Bayaran i-Citra
Untuk makluman, terdapat dua (2) kaedah yang mudah untuk anda semak status permohonan anda, ianya melalui lama web i-Citra atau i-Akaun.
i) Cara Semakan Status i-Citra Melalui Portal i-Citra:
-
- Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
- Tekan pada pautan SEMAK STATUS.
- Sila isi maklumat peribadi anda.
- Status permohonan dan tarikh bayaran akan dipaparkan di bawah.
ii) Cara Semakan Status i-Citra Melalui i-Akaun
-
- Buka aplikasi i-Akaun di telefon atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login.
- Pergi ke bahagian WITHDRAWAL / PENGELUARAN.
- Klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’.
- Seterusnya, klik di paparan yang tertulis i-Citra.
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti di bawah.
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)
Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:
Anda boleh membuat semakan tarikh penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
-
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya jik aterima bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan dikreditkan pada sekitar 2 September, bayaran bulan Oktober juga akan jatuh pada dua (2) haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU;
- Maksimum dalam tempoh dua (2) minggu ATAU;
- Sebelum akhir bulan berkenaan.
Menurut pegawai KWSP, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Anda juga boleh dapatkan info rasmi melalui media sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.