Tarikh Buka Sekolah 14 Negeri Bagi Fasa PPN | Menengah & Rendah

Para ibu bapa pasti sukar merasa pasti akan bilakah pelajar dibenarkan kembali ke sekolah. Hal ini kerana peralihan fasa yang berubah-rubah mengikut negeri dengan perincian Sop yang berbeza mengikut fasa.

Jadi, jangan khuatir Portal Info akan bantu anda supaya anda pasti di fasa mana negeri anda berada dan apakah Sop yang ditetapkan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Operasi Piawaian Sekolah Terkini

Institusi pendidikan yang beroperasi untuk negeri Melaka, Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya ditetapkan sebagai  fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan bermula 1 November.

Manakala, fasa 3 PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober manakala Pulau pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.

Perkara itu diumumkan pihak KPM.

Sila baca butiran dalam gambar dibawah untuk lebih maklumat.

Kenyataan Media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Ringkasan Mengenai Tarikh Pembukaan Sekolah KPM

    • Institusi pendidikan bawah KPM di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt kerana negeri tersebut didalam Fasa 2 PPN
    • Kedah kekal pada 10 Okt, ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula 17 Okt
    • Mulai 18 Okt, institusi pendidikan Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya dibuka ikut ketetapan Fasa 3 PPN
    • Sekolah di Johor pula mula dibuka 10 Oktober

Berikutan Johor baru saja beralih ke fasa 2 pada 24 September lalu dan pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sekolah hanya dibuka selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa.

Pelajar di Johor harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), manakala hanya murid dan pelajar dari kelas serta tingkatan tertentu saja akan mula kembali ke sekolah pada 10 Oktober ini.

Penerangan lebih jelas adalah didalam infografik dibawah.

 

SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa PPN (Terkini)

    • Hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.
    • Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu.
    • Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

Penerangan Tentang Fasa PPN

Fasa 1- Sekolah tidak dibuka,  PDPR diteruskan seperti biasa

Fasa 2- Kelas peperiksaan saja yang akan dibenarkan ke sekolah.

Fasa 3- Semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

Fasa 4 – Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

Penggiliran Murid Ke Sekolah

Bermula 3 Oktober , sistem penggiliran murid dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas.

Maklumat Lanjut Tentang Tarikh Buka Sekolah 2021

Untuk maklumat lanjut berhubung pembukaan sekolah dan SOP yang terkini oleh KPM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress