Tarikh Pembayaran i-Citra Disember 2021 – Bayaran RM1,000
Untuk makluman semua, tarikh pembayaran i-Citra Disember akan dibayar kepada pencarum pada awal bulan depan. Permohonan i-Citra yang telah dilancarkan oleh kerajaan & KWSP tahun ini, kini lebih mudah dan permohonan hanya secara online sahaja.
Kadar pengeluaran pembayaran adalah sehingga RM5,000 ini bermula pada bulan Ogos yang lalu dan dibayar RM1,000 setiap bulan sehingga 5 bulan.
Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan lain yang diwujudkan oleh kerajaan dan juga membaca berita-berita semasa.
Tarikh Pembayaran i-Citra Disember
Tarikh pembayaran bulan Disember dijangka akan dilakukan pada 1 Disember 2021. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut kumpulan masing-masing. Sila rujuk informasi di bawah untuk tarikh rasmi bulan-bulan pengeluaran i-Citra :
-
- Ogos – 2 Ogos 2021
- September – 1 September 2021
- Oktober – 1 Oktober 2021
- November – 1 November 2021
- Disember – Kemungkinan 1 Disember *akan dikemaskini
Baca Juga: Bantuan Awal Persekolahan Rlnggit150 Murid Golongan B40 2022
Pengumuman KWSP Mengenai i-Citra
Sila rujuk maklumat di bawah berkenaan intipati daripada pengumuman KWSP mengenai i-Citra Disember:
-
- Pembayaran iCitra hanya akan dibuat pada hari bekerja sahaja.
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut.
- Jika pembayaran i-Citra November anda pada 1 November, bayaran untuk bulan Disember akan bermula pada 1 Disember.
- Jika bermula 2 November, bayaran anda akan bermula pada 2 Disember.
- Tempoh pembayaran paling lambat adalah maksimum 2 minggu.
Cara Melakukan Semakan i-Citra Secara Online
Sila lihat langkah di bawah untuk melakukan semakan kemasukan pembayaran & status i Citra ahli KWSP :
-
- Sila buat semakan dengan melayari laman web KWSP untuk iCitra dengan menekan pada pautan KLIK DI SINI
- Sila masukkan MyKad dan Kata Laluan anda.
- Sila masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Sila tandakan pada “Saya Bukan Robot“.
- Kemudian status penyata anda akan dipaparkan.
NOTA: Anda masih boleh memohon iCitra ini jika anda ingin membuat pengeluaran KWSP sebanyak RM5,000.
Soalam Lazim
1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
2. Siapakah yang layak memohon?
-
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
3. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
-
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & kemusykilan, sila hubungi pihak kwsp melalui saluran di bawah:
-
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Baca Juga: MySPR – Kemaskini Alamat Pengundi & Semak Secara Online