Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Mengikut Fasa PPN
Mungkin para ibu bapa masih lagi keliru dan tertanya-tanya tentang bilakah sebenarnya tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan bagi setiap fasa PPN. Perkara ini mungkin agak mengelirukan bagi mereka kerana setiap negeri mempunyai fasa yang berbeza, lagi-lagi jika ada beberapa negeri yang baru sahaja beralih fasa.
Operasi Persekolahan Terkini
Untuk makluman, pelaksaan operasi untuk setiap institusi pendidikan bagi negeri Melaka, Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya yang mengikut ketetapan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada tarikh 1 November 2021.
Operasi yang berdasarkan ketetapan Fasa 3 PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober 2021 manakala bagi negeri Pulau pinang, Perak dan Sabah mulai akan bermula pada 1 November 2021.
Tarikh operasi persekolahan tersebut telah diumumkan melalui sidang media rasmi KPM.
Sementara itu, pelaksanaan operasi institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai tarikh 1 November 2021 ini.
Pengaktifan kembali operasi institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober 2021, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah akan bermula pada 1 November 2021.
Baca juga: Cara Booking Hotel Murah Di Shopee (Diskaun Sehingga RM100)
Sila rujuk kenyataan media KPM terkini seperti di bawah yang bertarikh 17 Oktober 2021.
Kesimpulan Tarikh Pembukaan Sekolah KPM
-
- Institusi pendidikan di bawah KPM di negeri Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan kekal dibuka pada 4 Okt 2021, mengikut ketetapan Fasa 2 PPN
- Pembukaan institusi pendidikan di bawah KPM di negeri Kedah akan kekal pada 10 Oktober 2021 dan ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula pada 17 Oktober 2021
- Pembukaan institusi pendidikan di negeri Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya akan dibuka ikut ketetapan Fasa 3 PPN mulai 18 Oktober 2021.
- Kesemua Sekolah di negeri Johor akan mula dibuka pada 10 Oktober 2021
Susulan daripapa pelaksanaan negeri Johor yang baru beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 24 September lalu, pengaktifan operasi untuk institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah menetapkan sekolah hanya akan dibuka selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa.
Sepertimana jadual yang diumumkan oleh KPM, kesemua murid serta para pelajar di negeri Johor akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR), dan hanya murid-murid dan pelajar yang berada dari kelas atau tingkatan tertentu sahaja akan mula kembali ke sekolah pada 10 Oktober 2021.
Pembukaan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan di negeri Johor dan Pahang yang mengikut peralihan fasa baharu iaitu masing-masing Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah bermula tarikh 24 dan 25 Oktober 2021.
Pengaktifan operasi untuk institusi pendidikan di bawah KPM adalah mengikut ketetapan fasa baharu yang akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa, yang mana yang mana negeri Johor hanya beralih ke Fasa 2 PPN pada 24 September 2021 yang lalu.
Pada 13 September lalu juga KPM telah dilaporkan berkata bahawa pembelajaran secara bersemuka akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN.
Kesemua sekolah dilaporkan tidak akan dibuka untuk negeri yang berada di Fasa 1 PPN. Bagi negeri-negeri yang berada di Fasa 2 pula, sekolah rendah akan dibuka hanya untuk murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid-murid dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), manakala bagi sekolah menengah pada Fasa 2, pembukaan persekolahan hanya membabitkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua.
Untuk negeri yang berada di Fasa 3n murid prasekolah akan dibenarkan hadir ke sekolah selain SKPK dan PPKI, manakala sekolah menengah akan membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan calon STPM yang lain.
Bagi negeri yang berada di Fasa 4 pula, murid-murid dan pelajar dibenarkan ke sekolah secara berperingkat.
Baca juga: “0poc0t, Priyanka C0pra Ayah..” Datuk K Mel4tah Teng0k Gelag4t Kakak Aafiyah Menari
Sila rujuk infografik berserta penerangan daripada KPM secara rasmi seperti di bawah: