Tarikh Semakan Dividen KWSP Secara Online Tahun 2022 – Semak Sekarang!

Bagi pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyemak jumlah dividen KWSP secara online mulai pertengahan bulan Februari ini.

Penyata tahun 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021); sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang dinyatakan.

Dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing. Jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Baca Juga: Jadual Pembayaran BKM Tahun 2022 | Isi Rumah & Bujang

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022

Kadar dividen tahunan 2021 akan diisytiharkan oleh KWSP pada awal suku pertama tahun 2022 ini, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut merupakan cara untuk menyemak dividen KWSP secara online:

Langkah 1: Layari laman sesawang KWSP.

Langkah 2: Log Masuk.

Langkah 3: Masukkan ID dan kata laluan.

Langkah 4: Klik menu Dividen, kemudian klik View Details.

Langkah 5: Perincian akan dipaparkan.

Baca Juga: Semak Penyata KWSP Melalui IC – Mudah Je!

Muat Turun Aplikasi i-Akaun

Berikut adalah aplikasi untuk telefon pintar anda:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress