Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas RM10K boleh dibuat pada 1 April sehingga hujung bulan.

Jadi, bagi ahli yang sudah berjaya kemukakan permohonan anda pasti ingin tahu tarikh semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP memandangkan tarikh pembayaran bermula 20 April.

 

EPF declares 6.15% for conventional savings, 5.9% for shariah | The Star

Bilakah Tarikh Semakan Permohonan?

Semakan status permohonan ini anda boleh lakukan mulai 9 April 2022. Namun, ia bergantung kepada tarikh anda mohon.

Tarikh Bayaran Akan Dibuat

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April ini. Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja.

Jumlah Amaun Pengeluaran & Kaedah Pembayaran Wang

    1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
    2. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
    3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
    4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Siapakah Individu Layak Mohon Pengeluaran?

Pengeluaran Khas KWSP adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa sebarang pengecualian.

Berapakah Jumlah Pengeluaran?

Menurut KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

Pilihan Akaun Yang Dibenarkan

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu namun jika tidak cukup anda boleh mengeluarkan dari Akaun 1.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress