Tawar Iqbal Zulkefli Berlakon, Erma Fatima Tak Hirau Kecaman

Bagai menangguk di air yang keruh, Pengarah terkenal Erma Fatima tidak ragu-ragu untuk menawarkan Iqbal Zulkefli,usahawan sensasi  untuk berlakon dalam drama terbaru berjudul Perempuan Itu.Minggu lalu Iqbal tersingkir dari rancangan realiti Big Stage musim 4 dimana beliau mendapat kecaman hebat dari segenap lapisan peminat industri seni Malaysia.

Kata Erma, dia mempunyai alasan tersendiri menawarkan Iqbal berlakon dan sedar tindakannya mengundang kecaman netizen.

“Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.

“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3,” katanya.

Namun, Iqbal harus menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu bersama Pengarah Drama,Isma Yusof dan lulus dalam ujibakat tersebut.

baca; ‘Jadi Kecaman & Bahan Lawak’,Ajai Keterlaluan Komen,Iqbal Zulkefli Minta Kata Semangat

baca lagi ; ‘Saya Terpaksa Jujur’,Tak Sangka Ini Luahan Dato Vida Pada Iqbal Secara Live

Mengulas lanjut, Erma mendakwa Iqbal sangat komited menghadiri kelas latihan yang dijalankan selama dan lulus dalam ujian berkenaan.

‘Watak Iqbal hanyalah watak pembantu dan bukannya pelakon ekstra. Iqbal akan ada dialog sebagai kawan  hero drama berkenaan, Zul Ariffin .Tambah Erma lagi, Iqbal diberi watak pembantu kerana masih baru dalam dunia lakonan’.

Tidak gentar dengan kecaman netizen, Erma akui ada perkara lain yang lebih ditakuti olehnya.

baca selanjutnya ; Semakin Laku, Iqbal Dapat Tawaran Berlakon Dengan Zul Ariffin & Mimi Lana

“Jujurnya, ramai yang memberikan pandangan peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal pada mereka. Tapi apa yang membuatkan saya lebih risau kemungkinan saya akan dijadikan bahan media kandungan seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagitelah amaran kepada Iqbal ,jadi saya ada meminta rakan untuk menemani agar tiada cerita tidak enak keluar selepas itu.

Drama Perempuan Itu dijadual akan bermula penggambaran esok.-onviral

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress