Tawaran Rumah Sewa MAIS RM500 | 30 Unit Saja Tinggal

Baru-baru ini, 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 telah ditawarkan ke kakitangan swasta dan awam.

Sebuah agensi telah memaklumkan bahawa kediaman  ini menawarkan tiga bilik dan dua bilik air tetapi cuma untuk mereka yang berkeluarga sahaja . Keluarga tersebut haruslah memiliki pendapatan isi rumah dibawah RM5000.

Maklumat Sewaan Rumah MAIS

Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.

Terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).

Apakah Syarat Memohon Rumah Sewa MAIS 2022?

    • Berkeluarga
    • Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00
    • Berkhidmat di Negeri Selangor

Bagaimana Cara Buat Permohonan?

Mereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress