SAVE 2.0 Shopee : Langkah Tebus Baucar Barangan Elektrik RM200

Program SAVE 2.0 Cara Tebus Baucar Barangan Elektrik RM200 Shopee

Baucer e-Rebat Barangan Elektrik RM200 Program SAVE 2.0

Sudahkah anda membuat penebusan Shopee baucer e-rebat RM200 sempena Program SAVE 2.0? Jika belum, sila buat penebusan kerana baucer ini  melayakkan anda membeli barangan elektrik yang menjimatkan tenaga elektrik dengan lebih murah. Menarik bukan?

Program SAVE 2.0 ini menawarkan e-rebat (potongan) berjumlah RM200 ke atas barangan elektrik bertaraf 4 dan 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2021.

Baca juga: BKSS 7.0 : Permohonan RM10,000 Untuk Peniaga Secara One-Off

Syarat Baucar Shopee RM200 SAVE 2.0

    • Pemohon MESTI warganegara Malaysia
    • Pemohon MESTI merupakan pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) atau pengguna di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SEB atau SESB
    • Pada tahun 2021, e-Rebat digunakan untuk membeli peti sejuk atau penyaman udara berlabel 4 atau 5 bintang Cekap Tenaga bagi tahun 2021
    • Satu Baucar Rebat (potongan) hanya layak untuk satu akaun bil sahaja.

Langkah Untuk Memohon & Menggunakan Baucar RM200 Shopee

Setiap pengguna Shopee layak untuk mendapat satu baucar SAVE 2.0 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Sila baca artikel ini sehingga selesai untukmengetahui langkah-langkah membuat permohonan dan menggunakan baucer barangan elektrik Shopee sebanyak RM200.

Langkah 1:
Sila layari dan lihat pilihan barangan dalam aplikasi Shopee dengan mencari produk yang mempunyai label “SAVE 2.0”

Langkah 2:
Sila semak dengan penjual tentang produk yang anda berminat dan mereka akan membantu anda mendapatkan Baucar Shopee RM200 SAVE 2.0.

Langkah 3:
Setelah diluluskan, penjual akan berkongsi kod baucar dengan anda.

Langkah 4:
Sebelum anda check out, sila tekan pada ‘Shop Vouchers” dan masukkan kod baucar unik anda untuk mendapatkan potongan RM200.

Baucar Shopee RM200

Ini adalah satu program yang menarik yang menguntungkan anda jadi sila jangan lepaskan peluang ini! Sekurang-kurangnya anda boleh jimatkan duit sehingga RM200 untuk beli barang elektrik yang jauh lebih murah dari harga asal. Di bawah ini adalah contoh senarai produk barangan elektrik yang mempunyai label “SAVE 2.0” yang anda boleh pilih.

Baucar Shopee RM200

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan shopee rm200 rebate program SAVE 2.0 ini, sila tekan pada pautan KLIK DISINI

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress