Tempat Menarik Di KL Yang Korang Patut Pergi!

26 Tempat menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Korang Pergi!

1. Tempat menarik di KL -Sky Deck KL Tower

Adakah anda seorang yang berjiwa berani atau tak takut ketinggian ? Apa kata korang cuba aktiviti yang menggayatkan ini. Bagi warga Selangor atau KL tak perlu travel jauh-jauh lagi, ia berada di Menara Kuala Lumpur. Tarikan sebegini dan dikenali sebagai SkyBox KL Tower yang ketinggiannya sehingga 300 meter.

SkyBox ini merupakan sebuah bilik berlantaikan & berdindingkan kaca setebal 3 inci dengan 3 lapisan. Ianya dilunjurkan keluar daripada SkyDeck di sini.  Anda juga boleh membawa keluarga atau rakan-rakan ke sini kerana dapat melihat permandangan yang cantik dan mengambil gambar bersama.

2. Museums of Illusion

Tempat menarik

Museum of Illusions Kuala Lumpur ini membawa anda ke ruang yang sesuai untuk kedua-dua lawatan ke dalam dunia ilusi yang telah menggembirakan semua generasi. Ia merupakan unik dan menarik untuk pengalaman baru dan bergembira bersama rakan-rakan dan keluarga.

Antara ilusi yang dapat anda lihat atau cuba secara live di muzium ini adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel, Infinity Room, Anti-gravity Room, Holograms dan banyak lagi!

3. Taman Tugu

Pembukaan Taman Tugu ini diwujudkan bagi memperjuangkan pemeliharaan dan pemuliharaan ruang hijau serta bertujuan kemudahan ramai orang untuk beriadah. Ia hanya berada di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan alam hutan malar hijau Tropika malah tiada dikenakan sebarang bayaran.

4. Jambatan Saloma

Tempat menarik

Pembinaan jambatan untuk pejalan kaki yang diberi nama Saloma Link. Laluan ini menghubungkan ibu negara dengan Kampung Baru. Saloma Link sepanjang 68 meter menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC).

5. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman burung terletak berhampiran dengan Tasik Perdana Kuala Lumpur. Ia berukuran 20.9 ekar (8.5 ha). Ia terletak Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.

Taman burung KL dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah bermula seawal 9 pagi sehingga ke 6 petang. Pihak KL Bird Park menawarkan beberapa pakej yang menarik untuk pengunjung yang ingin mengadakan lawatan ke sini secara berkumpulan tidak kira daripada sekolah, universiti atau badan korporat.

6. Taman Rekreasi 99 Wonderland Park

Taman rekreasi 99 Wonderland Park ini menampilkan tarikan yang unik dimana boleh dikatakan sangat bertepatan dengan namanya. Antara tarikan taman rekreasi ini adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring dan banyak lagi.

Lebih menarik, pada waktu malam ia kelihatan sangat cantik kerana warna warni lampu LED yang menyinari taman tersebut. Malah, anda dapat melihat keindahan water fountains apabila lampu dinyalakan.

7. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Dengan pembukaan semula Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas, warga kota yang nak beriadah sambil menikmati kehijauan alam semula jadi anda boleh pergi sini dengan keluarga tau rakan-rakan.

Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10 (dewasa), RM1 (kanak-kanak) dan warga emas (RM1) bagi warganegara, sementara bagi bukan warganegara, kadar bayaran dikenakan sebanyak RM40 (dewasa), RM5 (kanak-kanak) dan RM40 bagi warga emas.

8. Jungle Gym Bangsar

Jungle Gym Bangsar adalah tempat menarik yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecik. Anda boleh melepaskan anak bermain dengan bebas. Kemudahan permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun dan untuk usia 2-12 tahun, yang dibuat mengikut standard keselamatan antarabangsa. Jungle Gym menawarkan cara terbaik untuk menghabiskan waktu petang atau meraikan majlis khas dengan rakan dan keluarga.

9. District 21

Salah satu taman tema sukan lasak yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Lokasinya terletak di IOI Mall Putrajaya dan bertemakan indoor obstacle course yang sangat menarik bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.

District 21 juga menyediakan ruang kids friendly yang sesuai bagi golongan kanak-kanak  seperti GoPedal, Corousel dan Low Ropes Obstacle Course.

10. Aquaria KLCC

Tempat menarik

Aquaria KLCC menempatkan pelbagai spesis ikan di laut yang sangat menarik untuk dilihat dengan mata kepala sendiri. Aquaria KLCC merupakan salah satu daripada 5 aquaria yang terbaik di Asia.  Sekiranya korang penyelam yang berlesen, bolehlah mencuba aktiviti scuba diving di dalam aqurium di sini seperti aktiviti Dive with Shark.

11. Petrosains, The Discovery Centre

Petrosains, The Discovery Centre atau Petrosains adalah sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm) manakala Sabtu & Ahad (9.30 am – 6.30 pm)

12. Berjaya Times Square Theme Park

Korang yang ingin mengisi masa lapang di hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti indoor yang sangat menarik dan menyeronokkan, terdapat sebuah taman tema di Berjaya Times Square Theme Park. Untuk pengetahuan anda, taman tema ini telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai First Largest Indoor Theme Park in Malaysia.

Disebabkan ia terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, anda mungkin mengalami sedikit kesesakan lalulintas untuk sampai ke destinasi terutamanya pada hari minggu dan cuti umum jika memandu kenderaan sendiri. Selain memandu sendiri, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam yang mudah diakses seperti MRT,LRT, dan Monorail.

13. Blastacars Malaysia

Tempat menarik

Anda yang teringin untuk pengalaman baru yang mengujakan dan penuh adrenalin? Blastacars Malaysia menyediakan sebuah trek indoor sepanjang 200 meter dan anda boleh berlumba menggunakan Drift Karts yang disediakan.

Blastacars juga menawarkan harga yang sangat berpatutan mengikut tahap pilihan speed setting yang dimahukan iaitu tahap Novice sebanyak RM60, Advance sebanyak RM90 dan Pro (Dengan Black Card) sebanyak RM100.

14. EnerZ Extreme Park

 

EnerZ Extreme Park, Taman Ekstrem dan Arena Sukan Tertutup pertama di Asia telah melancarkan Cabaran EnerZ G.S.T. Majlis pelancaran ini turut disertai oleh selebriti/model/pelakon Malaysia yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup sihat, cantik dan bergaya iaitu Amber Chia.

EnerZ Extreme Park, merupakan kompleks sukan “indoor’ yang menawarkan pelbagai suka ekstrem dan ianya terbuka untuk semua peringkar umur untuk kanak-kanak, had ketinggian ditetapkan iaitu mestilah melebihi 90cm.

100 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Pergi di KL!

15. SkyTrex Taman Botani, Shah Alam

Ini adalah lagi satu tempat menarik yang sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti lasak. Jangan risau ya ibu ayah! Kebanyakkan aktiviti di sini direka bersesuaian dengan peringkat umur. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  • Little Adventure – kanak-kanak
  • Big Thrill – dewasa
  • Extreme Challenge – dewasa

16. Escape Room @ Berjaya Times Square

Tempat menarik

Satu lagi destinasi untuk permainan indoor di Kuala Lumpur yang pasti meledakkan hormon adrenalin anda. Di sini juga menempatkan tarikan permainan yang memerlukan kerjasama berpasukan dalam misi menyelamatkan diri dari sesuatu situasi yang mendebarkan. Dalam tempoh masa yang terhad sekitar 45 minit sahaja, dapatkah anda menyelamatkan diri bersama rakan-rakan anda ? Itu terpulang kepada skil & kehebatan otak sebelah kiri anda.

Terdapat 9 jenis bilik yang berlainan situasi genting & berlainan tahap cabaran yang boleh anda pilih. Setiap cabaran di bilik tema ini adalah situasi genting yang diadaptasi dari filem-filem Hollywood popular seperti Wonderlandthe Haunted House, The Cage, Safari Jungle & sebagainya.

17. Breakout

Breakout merupakan permainan yang pasti menyeronokkan untuk anda cuba kerana memerlukan daya pemikiran & kerjasama berpasukan untuk menyelesaikan masalah. Sesuai juga untuk dijadikan aktiviti untuk team building.

erdapat beberapa pilihan cabaran puzzle yang perlu diselesaikan oleh peserta sebelum dapat menyelamatkan diri daripada sesuatu situasi yang genting / merbahaya. Permainan yang turut dikenali dengan Escape Room ini mempunyai beberapa bilik tema yang berlainan konsep situasinya & berbeza tahap cabarannya. Sekiranya anda baru ingin mula mencuba, pilihlah cabaran bilik tema yang paling mudah dahulu.

18. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dibina dikawasan seluas 88 ekar, ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Sunway Lagoon mempunyai penginapan sendiri iaitu hotel bertaraf 5 bintang. Terdapat dua hotel iaitu Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Pyramid Tower East.

19. Escape Challenge, Paradigm Mall

Tempat menarik

Kalau anda jenis yang aktif, dan suka memanjat, Escape Challenge ini antara tambahan tempat aktiviti lasak kat KL. Ia dibawa oleh Escape Penang khas untuk orang KL merasa versi mini taman tema yang popular kat Penang itu.

Dan sebab ia kat Paradigm Mall PJ, memang boleh buat 2 benda dalam satu. Boleh berseronok memanjat kat Escape Challenge, dan boleh shopping dengan member pada hari yang sama.

20. Camp5

Camp 5 Indoor Climbing Door menawarkan kepada anda aktiviti wall climbing yang harus anda cuba. Anda tak perlu berpanas terik dibawah bahang matahari kerana aktiviti ini diadakan indoor siap berpenghawa dingin lagi. Aspek keselamatan yang ditawarkan juga terjamin ditambah pula terdapat jurulatih yang akan membantu anda.

21. The Rift, Mid Valley

Tempat menarik

Tempat menarik ini dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan. 90% adalah semua realiti maya menggunakan peranti oculus. Grafik yang digunakan adalah hebat dan ia kelihatan real.

Salah satu tarikan yang paling menarik ialah Zero Latency dimana anda bersama rakan rakan anda diupah untuk membunuh sekumpulan robot. Anda akan diberi mask VR, earphone dan microphone untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan diberikan pistol untuk misi anda. Ia umpama bermain laser tag di dalam dunia maya. Sangat best dan real.

Selain daripada itu, ada lebih kurang 20 permainan lain yang menarik seperti Motion Blaster, Hurricane, Holodek dan lain lain yang boleh dicuba. Anda juga boleh mencabar diri anda untuk terjun dari ketinggian bangunan tingat 3 di The Leap.

22. Jump Street Asia Trampoline Park

Destinasi kali ini bukan sahaja anda dapat beriadah untuk menyihatkan badan malah mampu menghilangkan stress. Taman trampoline terbesar di Asia ini menyediakan ratusan trampoline dalam satu ruang tertutup. Jangan malu untuk mencuba kerana taman ini sesuai untuk kesemua peringkat umur.

Bagi kanak-kanak, mereka haruslah berusia 3 tahun ke atas dan terdapat ruangan khas untuk kanak-kanak bermain. Anda juga boleh membuat tempahan untuk menyewa ruangan ini sama ada untuk majjlis, parti ataupun hari keluarga. Seronokkan tempat rekreasi di Selangor ini.

23. Kuala Lumpur Upside Down House

Upside Down House merupakan tempat yang menarik kerana rumah terbalik yang pertama di Kuala Lumpur. Kedudukan baranagan rumah ini tidak kira di luar atau di dalam ia semuanya terbalik. Daya tarikan Upside Down House ini bukan sahaja pada rekaanya yang melawan graviti malah penggunaan warna-warninya yang ceria itu menarik ramai orang untuk bergambar.

24. Flight Experience Kuala Lumpur

Kalau anda dah biasa main flight simulator, ini peluang untuk naik taraf pengalaman anda. Dengan Flight Experience anda boleh masuk ke dalam kokpit yang memang diguna untuk latihan pilot dan jadi kapten sekejap.

Bila dah kat sini, anda juga boleh beli barangan Boeing — dari t-shirt dan botol air sampailah ke jam jenama syarikat pembuat kapal terbang ini. Kalau semua ini belum cukup, boleh book makan malam, pun dalam kapal terbang dengan Plane in The City

25. The River of Life

Tempat menarik

Salah satu tempat menarik yang berada di KL iaitu Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dengan keunikan kolam biru yang begitu terang cahayanya di waktu malam menarik minat pelancong luar negara. Bahkan tidak menafikan masyarakat tempatan turut berbangga dengan kecantikan sungai ini yang boleh lihat dengan jelas di waktu malam.

Selain itu, pembinaan Count Down Clock di kawasan River of Life (ROL) yang menampilkan rekabentuk moden ini mampu memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan. Apatah lagi ianya dilengkapi pancuran air yang cantik. Kehadiran ‘mist’ dari celah lubang perparitan tepi sungai menjadikan kawasan ini seperti berkabus. Tidak dinafikan denga kehadiran lampu warna-warni yang bercahaya menambahkan lagi keindahan kawasan ini.

26. Hauntu 

Tempat menarik

Siapa yang suka masuk rumah hantu atau cuba permainan yang mencabar? Korang perlu merasai pengalaman berada dalam Hauntu Malaysia. Apa ada dalam Hauntu Malaysia ? Hauntu atau Hauntu You merupakan gabungan persembahan teater dan rumah hantu dengan kisah cerita yang dirungkaikan oleh pengunjung. Ia melibatkan interaksi antara pelakon sebenar dan anda sendiri untuk menyelesaikan misteri.

Ini Perbezaan Gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Datuk & Dato’ Yang Anda Perlu Tahu!

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress